As salam semua......
dah lama rasanya mama ni tak up date blog mama ni sal kehidupan anak branak...hurm dalam 2 3 minggu ni asyik mengejar waktu je...lelah asenya.....
Kehidupan tidak banyak berubah namun kesempatan yang perlu mama cari....sayu je rasa bila fikirkan kehidupan yang sentiasa bizi ni akan tetapi tanggubgjawab kepada illahi tidak dilupai....hurm....lg seminggu lebih kot dah nak masuk bulan Ramadhan kan...dah bersediake semua dengan menggantikan puasa yang lepas....baju raya ofcoz la dah bersediakan....huhuhu.
Niat mama dalam buku catatan baru ni mama nak buatkan yang terbaik untuk anak, suami, ibu bapa mertua ipar duai dan semua lah yang terlibat dan satu lagi tentang rumah kami ni?hurm.....x sabar asenya.
Tentang anak2 mama mulai sekarang mama amat bersemangat untuk beri perhatian yang lebih dari segi pemakanan, amalan dunia akhirat terutamanya hubungan ihsan dengan manusia dan pastinya Allah yang utama. semangat mama ni lebih tercabar bila mama sekarang mengikuti satu blog sis ni klik sini.Catatannya amat mama kagum dan menjadikan kita ibu yang cekal dan menghargai zuriat..Tapi tanpa sokongan dari en. suami susah la jugakkan. Di sini kami telah membuat perbincangan namun mama harus faham lebey la jugak sebab en. suami pon student. So bznya memanjang...huhuhu x pe la mama sahut cabaran ini janji en. suami menghargai mama.
Blog yang mama ikuti ni ianya amat bagus diambil panduan dari segi pemberian makanan anak2 untuk minda, cara didikan dan penerapan nilai semangat anak2 dalam ilmu Al quran serta duniawi. Tq sis kerana banyak berkongsikan ilmu.
Tentang mahligai kami plak step pertama telah kami setle kan dan sekarang dalam fasa kedua plak. harap menjelang hari raya nanti kami akan sempurnakan target kami. Harap2 ianya menjadilahkan untuk menciptakan mahligai impian seperti kata rumahku syurgaku....Amin...nanti mama sambung ya ...Wassalam
No comments:
Post a Comment