Wednesday, May 2, 2012

Jom...Jom...Jom...Balik Kampung

Salam....
Jom..Jom..Jom...Balik kampung...
Hah tu lah hari ni mama nak cite..cercite...cercite....
Dah bekobar-kobar perasaan gembira yang teramat ni nak balik kampung.
Di jangkakan petang ni kami balik kampung...huhuhuhu.....
Bestnye kan dah lama dah tak balik menjenguk mak ayah, adik beradik saudara mara, mak mertua semua lah yg berada di kampung..
Di harap mesyuarat En. suami kita  dengan TKSU Dato' tak lama lah ye sebabnya semua anak2nya dah tak sabar dah ni lebih-lebih lagi Isteri tercinta ni.....
Semua aktiviti telah di canang dah kt kampung tunggu sampai je ni...hahahaha.
Harap orang2 kt kampung tunggu kepulangan kami ye serta doakan keselamatan kami semua...
Wassalam.....

Manfaat Solat Di awal waktu


Salam semua...
sudah seminggu mama tercari cari tajuk ni tetapi dalam seminggu dua ni bzzz ckit so hari ni barulah ada masa terluang untuk post kan tajuk ni.    Tajuknya ialah lebih kurang sama dengan ceramah agama yang mama hadiri kat kementerian minggu lepas iaitu Solat di Awal waktu.  Tetapi semasa kursus tu memang tak sempat nak salin nota2nya.  So mama jumpa tajuk ni dalam MIORBIZ.COM. Moga dapat sama2 memberikan manfaat kepada kita semua. Layannnnnn..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.   Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

solat subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

solat zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

solat asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

solat maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

solat isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

kesimpulan
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Sunday, April 29, 2012

Tip Jimat Tenaga Telefon Pintar

Telefon pintar secara tiba-tiba menjadi kegilaan pada masa kini.  Di mana-mana sahaja pasti dapat melihat individu yang menggunakan gajet canggih itu.

Namun masalah yang sering kedengaran berkaitan gajet dengan pelbagai aplikasi itu adalah ia kerap kehabisan kuasa bateri sehingga ada yang perlu membawa pengecas ke mana-mana sahaja.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah bekalan tenaga daripada bateri cepat habis:)


  1. Paparan ~ Hidupkan tetapan automatik kecerahan paparan atau rendahkan tahap keterangan.
  2. Sambungan ~ Matikan sambungan WIFI apabila tidak digunakan kerana ia akan terus mencari sumber sambungan WIFI jika dibiarkan. Cuba guna Bluetooth berbanding WIFI.
  3. Perkhidmatan Lokasi ~ Matikan aplikasi perkhidmatan mencari lokasi kerana ia akan sentiasa mengenal pasti lokasi terbaharu secara automatik.  Ia akan menggunakan bekalan tenaga dalam kuantiti yang banyak.
  4. Data ~ Kurangkan menonton video di youtube kerana sambungan 3G boleh mengurangkan tenaga dengan cepat.  Jika bateri sudah lemah matikan sambungan 3G supaya telefon masih dapat berfungsi untuk membuat panggilan atau SMS.
  5. Perkhidmatan push ~ Matikan perkhidmatan push dan sync latar belakang selain fungsi fetch juga perlu ditukar seting sabagai manual.
  6. Perisian ~ Bagi penggunaan Android.  Muat turun perisian Juice Defender ia berfungsi dengan cara automatik meletakkan set telefon pengguna selain mematikan data pada waktu malam.

Weekend ini

Assalam semua....
Cerita minggu ini cmbiasa2 jugak kene lipat kain, basuh kain,gosok pakaian...hahaha tapi minggu ini nk citenye banyak ckit kene gosok pakaian keje dan sekolah.semuanya untuk 2 minggu.seperti entri sebelum ini ada cite kisah jalan2 kan so planing itu menjadi gak le.  Kata en. suami dia pilih balik kg  sebabnya dh lama dh tak balik rindu sangat dgn suasana kg. Sal teruna sekolah terpaksalh ponteng kelas sehari.hihihi boleh x gini.awal2 lg teruna dh bagitau cikgu kelasnya nk ponteng kihkihkih.klakar asenya.

Sal mkn tengahari lak hari ni mama telah masakan nasi tomato, dalca ayam dan ayam sambal.semua ini hasil rujukan dr My Resepi...tq ye.best sangat..so kita layan gambar ye.  Hidangan yg nak dimakan terus ini tidak dihias bagai....hihihi ala kadar je sebabnya dah nak dimakan.nyumnyum....


ni nasi tomato yg mama buat mengikut My resepi.com.rasanya boley la kan first time buat.anak2 pon suka.


Sambal ayam yg dah selalu buat.....
Dalca yg baru belajar buat tapi menjadi...Air minuman plak adalah jus oren buat hilang sembelit teruna .penyakit yg tak pernah hilang sejak baby lagi....


Thursday, April 26, 2012

Pengganti gula dalam minuman

Baru- baru ini mama ada berborak dengan geng-geng opis mama yang keluarga mama banyak memakan gula dalam sebulan kira-kira 4 @ 5 kg.  Aduh penat mama duk mencari apa yang baik untuk mama lakukan bagi mengurangkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman. godek punya godek mama jumpa lah satu artikel ini.


GULA merupakan bahan pemanis utama dalam menghasilkan sesuatu masakan. Rasa kemanisan itu menjadi tarikan kepada masyarakat untuk menikmati masakan seperti kek, kuih muih dan pelbagai minuman.

Sebab itu pengambilan gula merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian kita. Ada orang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula walaupun diri diancam pelbagai penyakit.
Antara masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti, lelah, kencing manis serta penyakit jantung.

Secara ringkas, gula adalah karbohidrat yang mudah diserap tubuh dan bertujuan untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.

Tetapi tahukah kita terdapat pelbagai sumber lain gula yang boleh kita dapati secara lebih sihat. Antaranya daripada nasi, mi dan ubi-ubian.
Selain itu, kita juga boleh mendapatkan bahan penting ini daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pokok stevia.
Stevia atau nama saintifiknya, stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai lebih 10 peratus stevioside pada daunnya dan bahan ini mengandungi 200 hingga 300 kali kemanisan berbanding gula biasa.




Kebaikan stevia

Pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mengeluarkan manisan.
Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan.
Walaupun begitu, stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif.

Kajian perubatan yang telah dijalankan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi.

Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain.
Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.

* Boleh lah cubakan!

Menangani tekanan


Mengikut sumber yang mama baca :

FENOMENA stres atau tekanan bukanlah perkara baru yang terjadi dalam masyarakat. Stres amat berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, tekanan pekerjaan dan kejutan budaya.
Sekiranya tekanan gagal dikawal, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan emosi, mental dan fizikal. Orang yang tidak mampu mengawal tekanan, ditambah pula dengan iman yang kurang akan cenderung untuk berputus asa dan kecewa.

Akhirnya terjadilah kes kemurungan yang berpanjangan, sakit mental, bunuh diri dan sebagainya.
Dalam Islam, tekanan adalah ujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar.
(al-Baqarah:155)

Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, terdapat tanda-tanda yang mungkin akan berlaku seperti sakit kepala, letih, mudah marah, cepat terlupa dan sebagainya.
Antara kesemua faktor-faktor berlakunya tekanan, faktor yang paling banyak berlaku ialah tekanan di tempat kerja.

Ini kerana, pada kebiasaannya masyarakat lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah. Sehinggakan sewaktu berada di rumah sekalipun masih memikirkan tentang kerja di pejabat.
Akhirnya, kita perlu sedar dan faham bahawa setiap kali kita berdepan dengan masalah, maka setiap kali itulah dosa kita diampunkan. Rasulullah SAW bersabda: "Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang Muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan."
Oleh itu, apabila kita menghadapi tekanan, perbanyakkanlah bersolat dan bersabar. Firman Allah SWT yang bermaksud: Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang. (al-Baqarah: 153)

Tekanan yang dialami oleh setiap individu adalah berbeza, oleh itu sebagai seorang Muslim haruslah menerima ujian tersebut dengan hati yang tabah dan reda. Mudah-mudahan, berkat kesabaran kita, Allah SWT akan menggantikan dengan keberkatan hidup dan kebaikan yang lain.

InsyaAllah..........

Petua Rawat Tumit Pecah

Jika tumit kaki pecah mahupun merekah, 
tumbuk bawang merah hingga lumat
Tampalkan pada permukaan tumit yang merekah
Hasilnya tumit akan kelihatan cantik dan bersih.