Thursday, May 26, 2016

Senyum Dalam Tangis Di Hari Jumaat

Alhamdulillah masih bernafas di pagi Jumaat ni...Dah lama benar dah tak update blog ni...Roh malas sentiasa merasuk jiwa ini...Roh rajin hilang tah kemana tak larat  nak seru dah tak muncul-muncul...lintang pukang lari...

Kalau ikut kan tempoh waktu yang panjang ni empat ekar tanah pon tak cukup nak bercrita ni...nanti muntah ijau sape-sape yang sesat kat sini nak membacanye..ye idok...Banyak benda yang berlaku dalam tempoh masa ghaib ni antaranya balik kampung dah tiga kali dah....yang lain-lain rutin kehidupan macam biasa...sibuk dengan urusan anak-anak, urusan suami, urusan barang-barang rumah rosak, pegi ke sana ke mari dan macam-macam lah...pokoknye bagaikan aingin lalu je semua tak dek perasaan dan niat untuk memasukkan ke dalam ni...tak de mood katanya...

Now, nak cite yang suami kita hampir habis belajar dah kira-kira 12 hari je lagi, lepas ni graduate lah katanya.  Kemudian Hari ni pulak suami kita dah lapor diri kat tempat baru di KKR Cawangan Pendidikan Kuala Lumpur.  Sedikit terkejut lah dengan tugas baru mama yang terpaksa urus anak-anak sorang-sorang. Hampir 11 tahun suami yang selalu urusankan akan-anak kecuali ianya outstation baru lah mama yang buat tapi kini boleh pitam mama...Bertapa besar pengorbanan mu wahai suami ku.

Terasa amat berat ku lalui semua ini...Hati ini teramat terhimpit dengan keadaan ini namun mama harus tabah hadapinya... Sedap pulak hari curik masa ye..mentang-mentang bos tak kacau hari ni kan...
Ok lah tak baik curik masa lain kali lah muncul dengan gambar-gambar skali...

* Selamat menjalan ibadah puasa ye...sekadar nak pastikan yang saya hidup lagi...ok wassalam

No comments: