Wednesday, February 25, 2015

Madu Kelulut Hobi terbaru Ayah

Assalamualaikum....
Selamat pagi ..dah makan pagi dah ke....Syukur nikmat untuk hari ni
Ni nak cite pasal balik kampung CNY hari tu...Terkejut sangat masa balik hari tu, rasa dah macam duduk kat dalam zoo@hutan dah...Dengan hobi ayah kita yang menternak madu kelulut.  Hampir keseluruh kawasan rumah diletakkan sarang kelulut...Sebenarnya saya tak pernah tahu bahawanya ada sejenis serangga yang bernama kelulut yang mengeluarkan madu, baik untuk kesihatan.  Bila balik kat sini barulah mencari maklumat dengan pakcik google..Owh banyak khasiat upenya...


Beginilah sarang asal permulaannya sebelum dipindahkan kesarang yang dicipta khas untuk tempat bermadunya.. Cara penjagaannya senang tanpa perlu disediakan makanan dan minuman.  Hanya sediakan tempat tinggal untuk bermadu je....Tapi untuk permulaan memang ayah saya membelinya dengan pencari kelulut di hutan-hutan..Sekarang hobi ayah saya ni dah mencecah 60 sarang..targetnya nak dapat 100 buah rumah kelulut..Budget dah dilaburkan hampir 5@6K dah...Katanya hobi yang mendatangkan menfaat...entah lah betul ke tidak...Walau apa pon harap menjadi lahkan...Bila mak dan anak-anak menhalang katanya tak memahami pulak kan...so bior je lah..

Nampak...Seluruh belakang rumah dah diletakkan dengan sarang-sarang kelulut ni..Siap ditampalkan lagi di dinding-dinding rumah. Nasib jugak lah kelulut ni bukan jenis yang menggigit.. Lau tidak parah cucu-cucunya.  Harus tak nak balik kampung lagi...


Setakat ni, kelulut ni dah keluarkan hasil dah..Dah dapat dah hasil sedikit sebanyak.  Madu yang diambil di jual oleh peminta-peminta tegar madu kat kampung.. Katanya tak menang tangan nak kutip madu ni.. Hasilnya banyak cuma tiada seorang pon yang boleh bantu minatnya ini...hahaha kesian pulak bila dengar luahan hati ayah ni..Orang-orang muda sekarang bukan suka buat kerja cangginikan...Ayah pon masih kerja lagi dengan bisness-bisness yang lain,  mana nak menang tangan bahagian pagi pegi ke kilang perabotnya..Masalahnya banyak sangat hobinye ni...Dengan sarang burung layang-layang lagi, di tambah pulak kelulut ni...Bila balik petang je lah boleh urus madu ni...


Sekarang pon saya telah mengamalkan madu kelulut bapak saya ni..Anak pon kena lah beli gak kan...hihi lansung tak bagi muka ni...Didinding rumah pon ditampalnya.  Mengamuk mak saya...hahaha...Orang tua-tua....bior je lah kan...yang penting sabor...
Ok itu saje lah cite saya ye...

p/s.....sape nak madu kelulut bagitau ek...kihkihkih..

No comments: