Monday, December 22, 2014

Pejabat Ku Tempat Mu Anak ku

Assalamualaikum...
Hari ni cite perihal cuti sekolah lagi...Setiap kali cuti sekolah pasti mak-mak gila runsing nak letakkan anak-anaknya dimana kan...Hah samalah macam saya...sebelum ni berlagak tak nak letakkan kat kampung hah sekarang rasakan bertapa susahnya nak mencari tempat untuk ditransitkan...Walaupun ada anak pulak tak nak...Anak zaman sekarang nak duduk tempat yang best aje..nak berkepit je dengan mak ayah...

So rasakan,budak dua ni... adik dan abang.. Dah 2 hari dah berkampung kat opis mama...Setelah habis je kem Cuti Sekolah tu adik dan abang kami bawak je kat opis..dah susah sangat nak letak...banyak sangat karenah...duduk lah adik kat bawah meja mama..


Adik mama sorokkan ke bawah meja... Kesian kan adik...Alah sekejap je tu bertahan nanti dia merayau ke bilik bos saya...Nampak rapat sangat berborak...jangan mengganggu bos nak buat keje sudah...Nampak kesian pulak duduk bawah meja....Apakan daya dik...nak jugak ikut bontot mama situ lah tempatnya....Saya pon berbanyak terima kasih jugak kat kekawan yang banyak tolong nengokkan budak ini...Sebenarnya mama ni sibuk sebab musim checking aset ke bahagian lain..jadi kawan-kawan je lah yang nengok..

Sebenarnya kami adil dan saksama dengan encik somi...dia jaga si abang...mama jaga si adik...so pandai-pandailah jaga...Mama rasakan lagi banyak duit mama habis bila adik bersama mama...semua benda nak makan dan bekalkan....Walauapapun koata tuk duduk opis mama hanya 2 hari je tau...Esok kami dah mula bercuti....Kami bercuti ke Kuantan je.....bye..

Thursday, December 18, 2014

Cuti Sekolah Dengan Kami Je..



Assalamualaikum...
Tak seperti tahun-tahun yang lepas, anak-anak mama bila cuti sekolah dihantar ke kampung, umah nekda dan tokbahnya sebelah suami....Kat kampung mereka di hantar untuk mengaji Quran dan Fardu Ain.  Namun tahun ini mama telah nekad tak kan menghantar lagi anak-anak mama ke kampung... Mama rasakan kenapa kami sebagai ibu bapa nak bebankan mak ayah kita kan...itu pendapat mama je lah kan...lain orang lain lah pulak pendekatannya kan...so 

Tahun ni kedua-dua anak mama ni mama hantarkan ke Kem Syabab di Masjid Tuanku  Mizan Zainal Abidin @ (MTMZA) untuk 2 sesi dan 1sesi Kem Mahabbah.  Semuanya 3 minggu...Hah duduk lah anak-anak mama kat situ mencari ilmu dan motivasi diri...Ini untuk bekalan dan pengalaman adik dan abang jugak.



Kem Mahabbah ni lebih kepada untuk menjadi anak dan hamba yang soleh.  Pengisiannya amat bagus dari segi rohani.  Anak-anak di praktik kan dengan cara yang betul dari segi solat, air wuduk dan kehidupan harian dengan keluarga dan masyarakat.  Hari-hari bila pulang kerumah akan menangis dan meminta maaf...Kadang-kadang mama pon nangis sama...Huh insaf katanya...Aman damai dalam masa seminggu tu mulut mama pon tak banyak guna tuk membebel....Tapi tak tau lah bertahan sampai bila... 


 Sekarang sesi ketiga dah masuk ke penghujung dah... Kem Syabab ni mama nampak lebih kepada Kem motivasi dan pupuk semangat. Bagi sesi syabab ni pulang tak pernah nak menangis pulak.. Hari-hari balik seronok je...Siap ada nyanyi lagi..Adik pulak hari-hari balik bercerita perihal cikgu yang baik dan penyanyang...apa yang dipelajari entah...Abang pulak bila balik ke umah je penat-penat..kerja berkumpulan..Macam tak bersemangat je budak ni..  Namun satu yang berubah bila balik kerumah melipat pakaian sendiri ..katanya mereka diajar melipat kain dengan cara yang paling cepat...Hurm...ye lah...lipat lah anak oi senang kerja mama tak yah dah melipat setiap minggu...Sekarang dah nampak semakin senang diurus dan dibawa berbincang ckit.. Bila masuk waktu solat tak perlu dah mama terjerit-jerit , abahnya mengangkat rotan.  Ok lah kan sekurang-kurangnya adalah sedikit perubahan...


 Harap abang dan adik dapat manfaatkan peluang yang ada. Segala pelajaran diambil sebagai ilmu untuk kehidupan akan datang..Sesungguhnya hidup ini banyak cabaran yang perlu dilalui.  Untuk kem ini hanya diperuntukan seramai 150 orang sahaja.  Penganjur hadkan untuk memberi tumpuan yang lebih kepada peserta.  Yuran pon berpatutan.  Harap tahun depan adik dan abang akan berpeluang lagi menyertai kem ini..


Ini gambar menunjukkan penutup bagi sesi 1, yang dihadiri oleh ibu bapa.  Moga kem ini berjaya mendidik anak-anak kami membesar dengan jiwa yang bersih, Baik untuk dunia dan akhirat.. 
InsyaAllah..

Tuesday, December 16, 2014

Abang yang sekarang bukan lagi yang dulu.

Assalamualaikum semua...
Hari ini  terasa terpanggil lagi nak menulis..roh rajin dah datang..dah datang dah....Hari ni cite perihal anak teruna kita sebenarnya . Tak de kaitan meniaga baju-baju ke happa ke......baju-baju tu semua sesaje je tuh ..nak jadikan contoh je...

Panjang je tajuknya kan...Sekarang dalam mood cuti sekolah ni.. Anak-anak semuanya dihantar ke kem Cuti sekolah...Dalam masa berulang alik menghantar dan mengambil anak-anak ke pusat MTSMZA terasa macam tersedar dari lamungan yang berlaku perubahan keatas anak teruna mama tu....Dan terfikir rupanya anakku dah besar dah upenya mungkin dalam proses perubahan @mencari indentiti ke happa......

Apa yang menjadikan mama terfikir...selalu baju yang menjadi kegemaran anak teruna mama ni ialah baju yang berlambang dan berjenama yg dia suka aje...Takyah duk bagi lah baju yang dia tak berkenan dia tak kan pakai....Biarpon baju yang dia suka tu buruk ke apa ke dia tetap pakai.. Ada satu ketika nak pergi ke masjid pon nak pakai baju angry bird...contohnya  baju-baju yg kat bawah tu...semua yang dia suka suatu saat dulu...sekarang dah tak nak pakai lagi katanya untuk ke majlis ilmu dan ala-ala formal gitu...dah nampak dah  kan budak ni dalam proses berfikir kan...hahahah....dulu mama bebel tak nak dengar sekarang awak sendiri faham kan anak....harap-harap berkekalan lah pemikiran yang elok tu diotak mu anakku..Lagi best katanya macam budak-budak pakai baju canggitu...huwa...rasa nak gelak guling-guling ...

 Sekarang dah hampir 3 minggu dah berulang alik kat MYSMZA tu ..effek dari kem itu agak besar rasanya .  Banyak menampakkan perubahan ke arah yang lebih baik...Baju-baju yang kat bawah ni memang menjadi kegemaran anak ini. Duk ulang pakai baju ini saje..dah lah baju berkolar 4 helai saje...Apa yang mama tak tahan bila terkeluar perkataan seakan macho tu 'mama ajiq suka pakai baju yang gini sekarang terasa macam sopan dan baik'...aduh memang tak tahan asenya..Sekarang tengah melobi nak tambahkan pakaian yang berkolar dan berlambang kuda tu...

Sekarang apa yang mama nampak bukannya nak nampak sopan sangat pon cuma dia mengelak dari digelar 'budak kecik' kat tempat kursusnya tu....Sebabnya baju-baju jersi pon kadang-kadang dipakainya..Katanya 'baru nampak macam orang besar'...Aloh.....Gitu pulak...sungguh mama tak faham.. Pakaian-pakaian yang boleh menutup imej 'budak kecik' saje yang dia suka...Kononnya dah besar lah tu kan....Macho konon..





Jersi-jersi ni je pon yang ada...untuk tambah pakaian yang ala-ala orang besar tu nanti ye anak...tunggu budget dari bapak mu dulu...Kita akan tukarkan imej budak kecik abang tu ye....

Sekian....membebel entah apa-apa...

Tuesday, December 9, 2014

Semua Sekali kat sini

Bismilahhirrahmanirrahhim....
Assalamualaikum buat semua kekawan...
Hari ni... saya tiba-tiba ada roh rajin menyusuk ketubuh badan ini untuk menaip....Semua cita-cita yang dicitakan ini semuanya dah basi pon...cuma sebagai ringkasan dan dipendekkan je lah kan...tak best plak nak cite benda yang dah basi....

Setelah membaca blog-blog pujaan hati saya , terus hati ini bersemangat untuk menulis gak..namun takdak ape pon yang menarik...Sepanjang penyepian diri ini tak banyak benda pon berubah...Dari segi makan minum, travel, kehidupan anak-anak dan keluarga kami adalah seperti biasa gak...Kalau jalan pon hanya 2@3 bulan sekali je ..tu pon ketempat yang dah biasa pegi pon...Tahun ni hanya kelainan skit bawak anak-anak jalan ke Gambang Water Park dan Lego Land je... Tahun ni macam tak de yang best sangat....tapi tak pelah kan sebagai penutup tahun ni kan saya masukkan gambar je lah yang merangkumi semua aktiviti kami sepanjang tahun 2014 kan...








Sebenarnya banyak kenangan pahit dan manis ditahun ini. Namun apa yang baik di ambil  dan yang tak elok diingat sebagai pengajaran.  Tidak seperti tahun yang lepas di musim cuti sekolah ini, anak-anak dihantar kekampung namun tahun ini kami telah nekad untuk tidak dihantar ke kampung lagi...semuanya ada bersama kami...Dan kami telah mendaftarkan ke Kem Cuti Sekolah....Nanti saya cite tentang kem  mereka ye...lau ingatlah kan..
 Walaubagaimana pon cite tuk post kalini ni je kot dah kering idea ni ...tak tau dah nak cite sebab dah basi.....layan je lah gambar kat atas tu...tu gambar yang sempat dicari dalam setahun kot..apa yang sempat je lah kan....
Bye lah...

Monday, August 25, 2014

Tahun ke 10 Sudah

Assalam...
Rasa dah lama beno tak menulis blog ni bagaikan bertahun lamanya kan..
Malasnya makin menjadi-jadi...Aktiviti percutian berjalan seperti biasa boleh dikatakan dalam tempoh 2@3 bulan  mesti je pergi bercuti ke tempat-tempat menarik dalam malaysia samada hari minggu atau hari bekerja (Anak-anak sekolah mama dan abah cutikan) Tapi tak jugak tertarik nak menulis...Virus apakah yang sedang melanda ni...

Namun petang ni memandangkan kedua-dua bos tak de kak opis dan kerja pon tiada semuanya telah diselesaikan mama cuba lah jugak menaip pos yang tak tau nak cite apa sebenor-benornya ni..  Sebenarnya idea pon macam takde tapi menaip lah jugak...Hati masih berbaki kesedihan berkenaan dengan "Pemulangan Jenazah Mangsa MH17...otak pon tepu je bila ingatkan kisah ini..

Namun berbalik kepada tajuk asal mama yang usia perkahwinan mama dah menjangkau 10 tahun..Sekejap je rasa dalam kita menggagah meneruskan kehidupan yang biasa-biasa saje telah pon mencapai jubli perak dah..Tarikh keramat tersebut ialah 19 Ogos 2014..

Mama amat bersyukur kerana diberi kekuatan dalam mengharungi perkahwinan ini.  Sesungguhnya badai perkahwinan ini bukan sedikit namun ketabahan, kesabaran serta redha itu amat perlu ada dalam perhubungan suami isteri.  Untuk menghadapi karenah anak-anak juga perlu persefahaman yang tinggi antara suami isteri.. Bermacam-macam dugaan samada kecil atau besar perlukan tolak ansur...

Sepanjang perjalanan ini banyak kenangan manis dan pahit yang telah kami harungi.  Dan mama amat berterima kasih kepada suami yang selama ini cuba untuk memahami, belajar dan bersama-sama membina institusi kekeluargaan kami...Walaupun tahun ini banyak dugaan yang Allah Taala menguji kami namun kami masih gagah bersatu...Tiada apa pon lagi yang mama minta sebagai hadiah kerana semuanya mama telah miliki dan en. suami cuba penuhkan dengan sekadar yang mampu...

Setelah 10 tahun mengharungi kehidupan kini kami mempunyai target dalam mencari simpanan dan bekalan dunia dan akhirat.  Diharap perjalanan hidup  kami akan lebih berkat dan berjaya...



Selamat menyambut Anniversary yang ke 10 buat mama dan abah...Moga kita kekal bersama dunia dan akhirat.  Moga next target berjaya...Amin

Monday, June 2, 2014

ALPA dalam TUGAS


As salam kekewan...sudah lame benar asenya sy tidak mencoretkan apa-apa berita samada gembira ataupun sedih di blog ini...Walaupun bermacam -macam cerita suka dan gembira serta bermacam-macam tempat yang indah  yang hadir sepanjang waktu yg berlalu namun ianya tiada terpanggil untuk mencoretkannya... Namun dipetang yang cukup terseksa ini saya cuba gagahi tangan ini mengetip tiap-tiap huruf sehingga menjadi baris-baris ayat yang cukup menyedar dan menjadi pengajaran kepada saya..

.Hampir sepuluh tahun saya telah bekerja di Agensi Kerajaan ...Seingat saya komited dalam tugas yang diberikan adalah niat dalam setiap langkah bila mana  menunaikan tanggungjawab. Tada satu pon saya lepas pandang dengan tugas yang diberikan kepada  saya.  Saya akan cuba  buat yang terbaik untuk setiap tugas yang diarahkan.  Namun besarnya kuasa Allah supaya kita manusia jangan terlepas pandang dengan kekuasaan Allah dan jangan sombong dengan keupayaan dan pencapaian kita...Ingat setiap benda didalam hati Allah lebih mengetahui...

Dengan Terjadinya perkara sebegini di petang ini saya akan berhati-hati, sabar, jangan pandang mudah dengan tugas walaupun hati telah tawar untuk berkhidmat disini..Ingat itu adalah tanggungjawab besar atau kecil amanah yang diberikan...mesti dilaksanakan dengan baik dan komited.

Sekian, hati ini amat sedih dengan kesilapan kecil kesan yang besar kepercayaan yang kian runtuh....Moga Allah kuatkan semangat untuk kembali untuk menjadi pekerja yang komited...Belajar dari kesalahan...

Tuesday, February 18, 2014

Cameron Highland - Kami Datang Lagi

Pagi-pagi dah up date blog..tak pernah-pernahni.  Buang tebiat ke apa mama ni...ye le bukan apa boring gile ni berkurung kat bilik ni nantikan en.somi balik dari site..selalunya kami ikut je ke site edok le boring sangat cngini tapi disebabkan awal sangat en.somi perlu ada kat site kami putuskan tidak mengikutnye...nyesal pulak ase..ye le time ngantuk dah tak ingat apa dah tahu nak tidur je hah skang rasakan....huhuhuu bosannye....

pukul 1.30 pagi tadi check in nanti kul12.30 dah nk kuar..penat-penat..Kalu ikutkan hati mama tak nak sebenarnya datang ni tapi mengenangkan kesian kat en. somi drive sorang-sorang di malam buta terfikir la pulak kalaulah rosak kerete ke apa-apa masalah kesian pulak kat dia...lau ada kami sekurang-kurangnya ada teman kan...ni lah kalau dah kuli ikut je lah arahan...

Apa-apa hal nanti mama bagitau lagi ek..bye

semuanya tak mandi lagi

Anak

       Ini kisah tengah hari semalam lagi..nak jugak cerita sebab tersentap dengan kata-kata anak teruna mama yang sorang tu...Gini critenya...Dah berminggu-minggu mama yang hantarkan dua bradik tu ke sekolah..Selalunya sebelum anak teruna mama berjalan ke pintu pagar ...seperti biasalah macam mak-mak lain jugak akan peluk cium anak-anaknya kan...begitu jugak mama lah kononnya nak bagi semangat lah untuk belajar bersungguh-sungguh dan memberi perhatian sepenuhnya apa yang cikgu ajar..kononnya lah...upenya lain pulak anak teruna mama pikirkan...

      Gini....tengah hari semalam mama pergi ambil dari sekolah sesi pagi untuk hantar ke transit dan kafar....tiba-tiba bila nak keluar dari kereta dia pesankan kat mama " mama bolehtak lain kali bila mama hantar ajiq kesekolah pagi tolong jangan cium-cium macam mama selalu buat tu ye...siap peluk-peluk lagi tu........cium macam biasa jah lah.....sampai hati dia katakan begitu kat mama kan....Tapi bila ingat-ingatkan kata-kata dan nada suaranya macam kelakar dan nak tertawa serang-sorang lak....hahahaha....rupa-rupanya anak saya dah ada perasaan malu upenya...kahkahkah...Dah besar dah anak aku upenya...Bila dia duduk sorang-sorang mama cuba tanya kenapa dia pesankan kat mama cangitu...katanya kawan-kawan ajiq selalu kata-kata kat ajiq...haish...selalu nak ikut-ikutkan orang..

        Tapi sekarang walau dia tak suka mamanya buat sebegitu rupa namun mama tetap buat...hahaha...Jangan jadi anak durhaka ye abang...sebab mama selalu doakan abang agar jadi anak yang soleh di dunia dan akhirat,berjaya di dunia dan akhirat...amin

Anak bertuah mama...



Wednesday, February 12, 2014

Dah Besar Dah Anak Mama


Ni kisah  sebulan dua bulan lepas lagi ni...tapi nak jugak cite..Sekarang kesemua anak mama dah bersekolah di sekolah kebangsaan dah...Maknanya semua anak mama dah besar...Adik dah mula sesi persekolahan untuk darjah satu dah....Sekejap je masa berlalu kan anak-anak semua dah besar dah kan.. Adik darjah satu yang abang pulak dah darjah tiga dah..Setakat hari ni adik amat berminat ke sekolah.. Abang seperti biasalah dengan sikap yang serba tau tu berlagak dengan adik..Selalu di bulinya adik.

Mintak tolong memilih jadual sekolah adik pon berlagak dan susah untuk menolong.  Selalu mama yang menyinga dengan sikapnya...Hurm tiap-tiap malam asyik gaduh je..nak buat kerja sekolah pon bergaduh.Tapi disebalik perangai sebegitu abang memang ambil tahu tentang keselamatan adik.  Sentiasa pantau pergerakan adik samada berada disekolah pagi atau sekolah petang. Diharap adik dan abang akan lebih rajin dan tabah dalam mencari ilmu serta mengutip semua pengalaman yang berharga untuk menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat...Ini doa mama...


Gambar kenangan adik dan abang untuk tahun ini.  Adik masih terkejut kot dengan suasana persekolah baru ni...Asyik duk sebut sekolah tadika dan cikgu lamanya saje...nampaknya sekarang dah boleh sesuaikan diri dengan suasana dan kawan-kawan baru..terlebih seronok lah pulak...

Monday, February 10, 2014

Retreat 2014

Assalam kekawan semua...
Rasanya lama benor dah tak menggarap di muka blog mama ni...bizi memanjang je..
Lagi pulak tak dek idea nak tulis,  hari-hari bukak blog pon tak dek nafsu nak menulis nape tah lansung hilang idea.

Hari ni mama curi waktu rehat menggarap idea ke blog mama jugak...Rasa mama dah setahun percutian mama sekuarga ke cameron highland  tak silap mama lah... kini  time yang sama jugak tahun ini mama ke sekali lagi berpeluang bercuti bersama keluarga ke Langkawi... Perjalanan kami memakan masa selama 3 hari sahaja.  Pergi bersama kawan-kawan ofis amat menggembirakan kami anak beranak.  Kawan-kawan ofis amat sporting.

Kalau nak ikutkan tak banyak tempat pon kami berpeluang untuk pergi sebabnya masanya agak singkat...Anak-anak, kami cutikan dari sekolah..itu sudah biasa mama dan abah buat.  Bila berada disana semuanya berkenan.  Kalaulah kami kaya...........????

Anak-anak seronok yang amat...mana tidaknya bila naik feri  teruja sangat...tak pernah katakan..kami naik feri di Jeti Kuala Perlis..memakan masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Langkawi.  Ferinya amat selesa.


Besar sesangat feri untuk ke langkawi 2 tingkat lagi.  Kalau lah gini tak terasa lah sangat takut mak nye..Selalunya bila melibatkan bot dan air ni mak nye amat memikirkan tetang benda-benda yang seram aje..Tapi kali ini tidak la pulak..


Sesudah sampai di Langkawi kami semua menginap di Hotel Bayview...Hotelnye boleh tahan dan strategik untuk aktiviti menghabiskan duit..Nampaknya bukan kaum ibu je yang memborong sakan kaum bapak lagi terlebih budget membeli napaknye..


Hah...nampak tak kat bawah tu walaupun hanya membeli ubat gamat je...kaum lelaki lagi teruja untuk memborong..Kami ketempat pembuatan gamat.  Harganya boleh tahan.  Tapi kami tak le banyak membeli gamat memandangkan ubat luka gamat yang kat umah setahun belum tentu habis sebotol jadi kami hanya membeli untuk dibagikan kat saudara mara je.


Nampak tak pasangan bahagia ni ..Walaupun gambarnya tak boleh dibesarkan namun romantik sangat..


Maaf ye saya curi gambar laki http://iniblogsiti.blogspot.com/. Nak ikutkan semua gambar kat sini hasil curian dari blog ibunya...Thank you manyak-manyak ye...Sorry


Lepas dari kedai gamat kami terus ke tempat Cable car...Tak perlu beratur beli tiket kerana awal-awal lagi dah tempah.  Sebenarnya memang mama tak kan naik benda ni tapi dipaksa oleh en. somi..Saat itu bagaikan mati hidup semula tiada jantung dan  nadi  bila berada diatas.  Memang seram...Boleh pulak bila berada di atas anak dara mama menanyakan ayat ini...'Mama kalau kita jatuh cnne ye mama'....Geram je mama...Tapi dia orang memang teruja sangat.


Cantik sangat kan pemandangan bila berada di atas.  Tapi untuk sampai ke sini Allah saja lah tahu degup jantung ini..hampir pengsang...Semua anak-anak mengetawakan mamanye..

Anak-anak selalu menumpang kasih orang lain..
Mama rasa dah malas dan kering idea lah nak menulis so apa kata layan gambar je lah...Berikut percutian yang memberi seribu kenangan manis untuk kami semua..Tahun depan kita bercuti bersama lagi ye kekawan...atau sapa yang nak joint lagi...Tahun depan

Anak kami seronok berkawan

Geng rombongan kami..Mak-mak yang amat sporting
Gambar kenangan kami
Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang banyak mengisi keseronokan percutian ini.

Wednesday, February 5, 2014

Hadiah Buat Mama

Assalam kekawan ..
entry sebelum ni pernah mama cite sal harijadi kami serentak kan  Boleh rujuk enty  Scorpion ..hahaha...So hari ni rasanya nak cite kosong plak sal hadiahnya pulak..Tahun ni tak de la meriah dan besar sangat pon hadiah just sepasang baju kurung je..En. suami buat surprise bila malam je tergantung kat almari..dan dia pulak buat-buat tak tahu je...Kelakar pulak riaksinya time tu...perasaan time tu tak tahu nak cite lah. Dapat kek pon just sekeping je...Jadi lah sekeping sorang...boleh je beli bila rasa nak makan...


Ni lah bajunya...kata kawan en. somi nak pilih baju selai ni pon makan masa 3 jam...nak termuntah si 


kawannya itu...kihkih.. Ni  pulak kek yang kawan opis mama kasik...terharu sangat...terima kasih banyak-banyak kerana ingatan iklas nya...Terharu sangat

Tapi hari ni mama nak citte sal hadiah yang paling terkejut dan sedikit terharu lah...hadiahnya ialah .......Abang ajiq telah dapat anugerah ini...

Walaupun mama tak dapat hadiah yang mahal-mahal tapi sejuk hati mama kali ni sebab abang dapat anugerah ini..Terharu sangat...Harapan mama agar abang akan lebih berusaha dan istiqomah lagi bagi tahun-tahun akan datang.  Dan juga abang akan jadi anak yang soleh untuk mama dan abah serta seluruh isi alam ini.. Sempena hari jadi abang jugak mama dan abah hadiahkan basikal ini untuk abang.  Tak ketinggalan adik pon dapat jua hadiah yang sama...


Pada tarikh tersebut mama dan abah telah hadir bagi memeriahkan majlis penganugerahan itu..Berikut sekitar majlis penganugerahhan.  Layan lah gambar ini ye... Secara kesimpulannya mama amat bersyukur kerana dikurniakan reseki sebegini tuk mama..Dan segala yang berlaku ini atas kekuasaan mu ya Allah...Berkatilah ia untuk selamanya..
Amin