Friday, September 28, 2012

Tunaikan Permintaan Mu.........

As salam semua...
Petang yang damai ini,di samping mendengar Pengumuman budget tahunan, tetiba mama teringatkan permintaan berpuluh-puluh puluh kali kawan mama itu untuk melihat keluasan dan jenis rumah mama.  Adakah bentuk dan keluasan memenuhi kehendaknya.  Katanya ianya dalam proses mendapatkan rumah.  Maka mama harus tunaikan permintaan kawan mama lah kan..   Ianya hanya nak bandingkan je dengan  umah dia kot...Ahak...Dengar2 dia dah beli pon tapi mama buat jugaklah entry ni tuk dia...untuk dia.........

Azza entry ini untuk awak ye....Sudi sudi lah datang umah kita ye...nanti nak borong barang rumah boley lah singgah umah kita dulu kan....saya suka sangat dah ada geng untuk men DECO kan umah sendiri....jom sama-sama yup!!!

Nah tengoklah kawasan n petern umah kita ni.  Petern lama la ckit.  Ya lahkan ni kan rumah lelong yang tak berapa mahal pon..



Gambar ini di ambil semasa di awal nak masuk umah ni...baru selesai di baiki serba sedikit. Depan umah bolehlah diletakkan 3 biji kereta. Di bahagian belakang telah disambungkan dapun dan masih lagi mempunyai ruang untuk bercucuk tanam.  Memang ianya berbaloi-baloi lah tuk buat aset.


Dan ini antara keluasan ruang tamu.  Gambar ini diambil semasa mula2 masuk umah ni.  Memang tak sempat mengemas apatah lagi nak menghias. Tapi sehingga saat ini adalah sedikit perubahan tentang deco2 dan tambahan sedikit barangan hiasan.  Namun nak menghias 100% perlukan modal yang banyak la,...cuma sekarang kami hanya menambah dengan sedikit demi sedikit je.  Se andainya kekawan nak singgah ke teratak kami boley la...namub bagitau lah dulu ye....

Bonus

As salam semua kawan2
Syukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi dgn izinNya PM kita telah mengumumkan bonus 1 stngh bln kepada semua penjawat awam. Terima kasih banyak2 di ucapkan..

Terasa diri ini bertuah sangat kerana tergolong dalam golongan itu..  Amat besar nilainya bila boleh di manfaatkan.  Pelbagai perubahan telah dibaiki bagi kestabilan negara kita kan. Syukur sangat berada di bumi yg indah dan damai ni.

Seperti ibu2 dan isteri2lain jugak bersempena dengan bonus ni mama pon ada wish list jugak tuk en. suami.(kalau en. suami baca -seperti yg dinyakan petang tadi itu lah ya):Bonus en. suami bonus mama jugakkan...ahak!



Thursday, September 27, 2012

Takde Tajuk Boley..............

As salam semua.........
Asenya dah lama dah mama tak up date blog mama ni ckit dah berhabuk dah kan...
Al kisahnya bukan bz sangat pon tapi rasa untuk mencurah kata-kata kat diari ni agak kureng sampai hidayah kot...hihihi boleh ke cakap begitu.

Ok sebenarnya dalam masa yang agak lama ini banyak perkara yang berlaku ke atas kami dan kawan2 mama n en. suami.  Tetapi secara ringkas dan tak berapa nak padat sangat ni mama hanya nak menyatakan yang hidup kita ini perlu sangat kawan, saudara mara and off couse ibu bapa ....Kasih sayang adalah segalanya.


Tuesday, September 4, 2012

Mendidik Anak

As salam semua....
hari ni mama berkesempatan untuk mencari ilmu  dalam mendidik anak-anak.  Sekian lama mama gusar dalam mendidik anak-anak mama dengan kaedah dan teknik yang betul...Dalam mendidik anak-anak adalah bukan senang dan perlu banyak bersabar.  Pastinya kita perlu berbanyak bersabar dengan anak-anak bahkan dengan suami juga.  Mama perlu bertoleransi dan berbincang sentiasa dengan en. suami.  Ini kerana berlaku banyak perselisihan pendapat dan kaedah dengan en. suami.

Kekadang mama buntu dan sedih kerana di dalam mendidik anak-anak sentiasa berlaku kecelaruan dan tidak konsisten dalam mendisiplint kan teruna dan dara.  Ini kerana sebagai mama banyak bermain dengan emosi manakala si suami mungkin jiwanya kental dan tegas tak berubah.

Mama sentiasa cuba untuk memberi pendekatan nasihat dan leteran.  Bagi mama kekerasan adalah salah dalam mendidik anak yang berumur 7 tahun dan 5 tahun.  Adalah tidak adil sekiranya kita ibu bapa menyekal minat dan aktiviti yang menyeronokkannya seperti menonton tv siaran kegemarannya dalam sehari. Namun ianya perlu di kawal waktunya supaya seimbang.  Walaubagaimana pun dalam mencari artikel-artikel mengenai didikan anak-anak mama terbaca artikel dari blog  ini (Jutaan terima kasih kerana apa yang saya cari dapat di blog ini).  Ianya amat menarik perhatian mama. Kawan-kawan pon bolehlah menambahkan pengetahuan dalam hal ehwal mendidik anak. Terima

7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang Dr. Fadzilah Kamsah

Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail