Wednesday, March 1, 2017

GrandLexus PD

Asalam semua...
Sekali muncul lagi...dah lama tenggelam ni...macam dah tak wujud dah...
Tak de apa yang special sangat kot cuma sekarang lau ada cuti je balik kampung je...Bercuti dikampung je lah....owh gitu....

Dalam tahun ni dah 2 @ 3 kali balik dah...tak kiralah ada duit ke idak...balik jugak..hahaha.  Walaubagaimanapun anak-anak teringin jugak untuk mandi kolam dan ambik angin luar dari pada kebiasaan..  Jadi en. somi bawaklah anak-anak ke 'Grand Lexus' untuk 2 malam.  Nah ambik ko dua beradik berendam kat kolam tu...nak tidor dalam kolam pon boleh ..mama dah tak bimbang apa dah..semuanya depan mata mama dan abah...


 Anak beranak memang kaki main air..setiap masa duk dalam kolam...kuar kolam tuk makan dan hilangkan sejuk je...pastu sambung pulak main air...siap buat spa cuci rambut lagi anak beranak...sorang-sorang masing-masing duk cuci rambut dan letak penyegar rambut....kelakar pulak anak beranak ni...

 Mak bapak pon sama gak sebenarnya duk masing-masing terapikan diri dengan cuci rambut la...spa muka la...macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama.  Pendekkatan 3 hari 2 malam kat sini memang untuk releas dan betul-betul berkasih sayang lah...anak-anak pon seronok walaupon ponteng sekolah 2 hari.

 Kami check in pkul 3 petang ahad dan check out hari selasa..  Biliknya betul-betul selesa dan luas..semua kelengkapan memang lengkap.  Teramat selesa dengan kebersihan tandas, bilik mandi, kolam semua dijaga dengan penuh standart kata ko...Makan pagi pon amat berpuas hati dengan hidangan yang pelbagai...Seperti hotel-hotel lain jugak jenis hidangan macam selalu kita nampak cuma kuih-kuih tradisional melayu memang tak ada langsung lebih kepada selera cina kot saya rasa...tapi boleh la kan untuk makan pagi...


 Ni kolam mandi yang kat luar...sekali sekala bebudak ni mintak nak mandi kat kolam luar reramai katanya.. Mama ikutkan aje...duk menunggu sambil layankan cuaca yang indah...angin sepoi-sempoi bahasa...best sangat almaklumlahkan tepi pantai...Kami menginap pulak dekat hotel chalet dalam laut....cantik sangat pemandangannya...


Nampak 2 beradik tu tak naik-naik...naik merah bijik mata....kolamnya amat selesa sebabnya disebelah kolam terdapat tempat mandi terbuka...sekiranya lau lah nak terkencing ke bolehlah terus ke tempat cucuran tu...memang selesa sangat....dibawah cucuran tu tiada bumbung...sekiranya badan dah terketor-ketor sejuk bolehlah menyidai kat kawasan itu...sambil mendongak awan yang membiru...

 Petang-petang boleh bersiar-siar disepanjang laluan chalet....pemandangan amat indah jugak sebabnya disediakan perhentian-perhentian yang menarik semasa berehat...sekiranya malas untuk berjalan-jalan kaki bolehlah jugak menyewa basikal mengikut kemampuan dan jenis...harganya pon tak terlalu mahal untuk sejal lebih kurang 20 hinggit je lau tak silap...
 Sekiranya ada masa dan kewangan hendaklah ulang kembali pada masa akan datang....ianya amat berbaloi-baloi untuk family bonding...Untuk lebih info bolehlah ke laman web Grand Lexus...

Sekian,

Sunday, January 8, 2017

PenutupTahun 2016

Assalamualaikum...
Sekarang dah minggu kedua tahun  baru 2017....mama baru nak cite sal penutup tahun 2016...herm memang basi je slalu cerita kat sini...tapi tak pelah memang untuk kenang-kenangan sendiri je pon kan....
Macam biasa lau cuti sekolah ujun tahun memang wajib balik kampung lama atau sekejap.  Tapi penghujung 2016 agak lama lah jugak bercuti setahun kot dari 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017..

Hahahah lamakan... Cuti bersambung-sambung padahal betul-betul ambik cuti just 3 hari je selebihnya cuti ganti dan sememangnya cuti umum...Best kan...terasa nikmatnya bila berada di kampung.   Dengan niat nak balik kampung nak main air banjir tapi tak banjir-banjir pon hanya hujan sekejap-sekejap lebat je...sudahnya berkurung kat dalam umah je...

Dalam masa kat kampung tak banyak pon aktiviti yang kami boleh buat....antaranya berjalan-jalan ke Kota Bharu dengan niat nak makan-makan santai dengan kuarga mak mertua...tapi penyudahnya kat dalam keta je pusing-pusing sebabnya semua jalan jem...jem..jem nak parking pon tak boleh...jalan pon ensot-ensot je...skejap break..break...hurm bosan rasanya.. Ye lah kan bukan kita je balik kampung..Bukan kita je nak jalan-jalan kan...harus ingat tu...


 Dulu dikenali sebagai padang bas kini telah bertukar wajah...Keadaan sudah tidak sama seperti dulu yang penuh dengan makanan meriah dan seronok sangat.  Bila tiba waktu maghrib semua penjual tutup kedai terus solat...Kini tidak lagi...Suasana begitu masih tidak wujud lagi...Sungguh tidak besh sudah...

Dipenghujung hari percutian kami sempat berpeluang menghantar mak ayah dan adik ke Airport Kota Bharu kerana mereka nak berangkat ke Mekah buat umrah...Seronok rasanya dapat peluk mak ayah...Harap-harap mak ayah sihat je sehingga berangkat pulang.


 Seluruh adik beradik ipar duai anak buah semua diangkut jam 3 lebih pagi ke Airport...Kami harus bertolak awal sebabnya mak ayah akan berkumpul bersama jemaah jam 5 pagi...Jadi kami harus menepati masa makanya ayah saya memang mengerah supaya awal lah kan...orang tua-tua mesti menepati masa kan...

 Walaupun begitu keluarga kami memang tetap ceria dan dalam keadaan yang sedih dan bersyukur serta pengharapan agar mak ayah dipermudahkan sehingga pulang ke tanah air.

Sekeping dua gambar buat kenangan yang dihantar melalui wassap...syukur mak ayah serta rombongan sihat sejahtera.

 Malam sebelum keberangkatan adik beradik kami buat makan-makan tuk anak cucu serta anak-anak dengan membakar ayam dan sewaktu dengannya.  Masing-masing diwajibkan membaca yasin dan sembahyang hajat.. Semua telah terlaksana oleh anak-anak ipar duai dan cucu-cucu...meriah sangat...mak ayah pon gembira bila melihat anak-anak semua ada.


 Gigih membakarnya...Semuanya sekejap je...Tak sempat orang membakarnya asyik habis je...hahahah memang berebutlah kan.


 Dalam pada bercuti en. somi gigih menguruskan tempahan beg kat kawannya di UK..Sempena Krismas ada promosi yang amat-amat murah..Tak sabar rasanya untuk pegang handbeg  baru ni...katanya 19 hb ni baru lah sampai...lamanya la hai...tak nyempat-nyempat rasanya...



 Ni gambar mama semasa OTW nak balik KL dah setelah lama bercuti...Nak cerita disini sebelum bercuti dan dalam bercuti mama mengalami alahan pada mata dan kulit muka. Mata membengkak dengan gatal yang amat serta muka yang berbijik-bijik akibat gatal yang teruk.  Allah saje yang tahu keadaan yang amat menyeksakan di waktu itu...Keadaan ini sedikit pulih setelah mengambil rawatan kecemasan di Hospital Besut.  Setelah beberapa buah klinik swasta akhirnya hospital kerajaan jugak penyudahnya.  Sebelum tu exsion sangat tak nak pegi hospital kerajaa.  Setelah mendapat 2 suntikan ubat alahan keadaan semakin baik. lau tidak macam beruk kene cili je muka dan mata ni...habis suasana dah jadi tak best...(nanti mama cerita lebih lanjut tentang elergik ni katanya akibat produk kecantikan...YE KE????

 
???? Yang terbaik

NotaKakitangan : BBeauty kah???Madu Kelulut kah???Atau apa??? Nanti kita lihat ye sebabnya dalam pemerhatian....

Wednesday, December 7, 2016

Berjaya Habiskan

Assalam...
Alhamdulillah...harini baru terasa nak up date kisah dulu kala...dah basi dah ni...tapi nak jugak lah letak kat sini...Nak cite laki kita akhirnya telah graduate jugak Ijazah Sarjana nya..Selama 4 tahun setengah akirnya menamatkan tanpa sebarang penangguhan dan penambahan kertas yang perlu repeat...Amat berbangga mak rasa...hahahaah

Bila mengenangkan sepanjang pengajian terasa diri ini jugak seolah-olah belajar sama...ye lah mana taknya..Asigment dia pon separuh-separuh mak yang kene bantu....Boleh dikatakan setiap semesta mak tak tidur sampai pagi kerna terpaksa bantu siap kan projek tahunan dan segala jenis assigment pak enciknya.

Sebab itu jugaklah mak terasa sedikit bangga dan riak dapat habiskan dalam masa yang ditetapkan...Seolah mak pon berjaya gak...Pelbagai onak duri dalam jangkamasa ini...semua mak dan anak-anak perlu korbankan....wang ringgit, masa, tolak ansur dan macam-macam lah...berat bebenor bunyikan...betul..betul tau memang terasa sangat....sebabnya kami sememaangnya tidak mengharapkan apa-apa bantuan dari ahli keluarga samada keluarganya atau keluarga saya...semua kami bersusah sendiri laki bini...

Kalau difikirkan permulaan hidup kami memang agak susah dan naif..Semuanya kami bangkit dari selangkah demi selangkah...Kami memang bangkit membuktikan diri dan keluarga kecil kami dipandang tinggi oleh keluarga .  Terasa lebih yakin bila selangkah kami berjaya...Tunggu selangkah lagi suami daftarkan untuk kelas IR..Harap-harap langkah seterusnya akan diredhai Allah..Tanpa bantuan dari semua juga mungkin kami tidak berjaya.


Tersenyum bangga dengan penuh Kesyukuran...Diraikan oleh keseluruhan oleh ahli keluarga mertua.  Semua adik bradik ipar duai sebelahnya hadir memberi sokongan. Mak bersyukur sangat kerana dapat berjaya menebuskan kesalahan lampau.  Segalanya telah mak bayar balik...


 Rakan-rakan sekelas semuanya ada 30 puluh orang..yang layak dan mampu untuk grad hanya 9 orang sahaja termasuk encik somi...Tahniah mama ucapkan...sedih campor gembira...DAlam kepayahan ada jugak manisnya kan..


 Anak-anak pon nak merasa jugak pakai jubah...apa-apa lah anak..harap lebih bersemangat untuk menjadai anak yang berjaya dunia akhirat...sdikit sebanyak dapat memberi motivasi untuk budak berdua ni..

Sekian, lah tak de idea petang-petangni..ngantuk sangat....
Wassalam..

Tuesday, December 6, 2016

Morib - Percutian Ala kadar

Assalam...
Hah..berzaman mengabaikan blog ni....
Bukan tak ingat tapi memang mama dan keadaan tidak mengizinkan....Ya lah kan sekarang dah pindah tempat kerja dah...dari KKLW ke JKM Putrajaya...
Rupanya dulu kita tengok je dari jauh bestnya kerja di bangunan KPWKM...sekarang dan kat sini tapi baru ku tahu kesibukan yang amat sangat...almaklumlah kan kebajikan kepada masyarakat...Boleh dikatakan Oh My GOD...memang bizi lain macam upanya kat sini.....nangis weh...

Baru sekarang ada mood nak up date blog ...ada sedikit semangat setelah ditimpa sunami kerja ....
Dah tak tahu nak up date apa dah...semuanya dah bercampur aduk dah terlalu banyak cite...sudahnya langsung tak tau nak tulis apa dah...semuanya cerita dah basi....

Ok lah saya cite kisah yang suam-suam kuku je lah dulu baru weekend lepas ...Sempena  cuti sekolah bapaknya telah booking Morib Goalcoast..2 hari 1 malam...Untuk anak-anaknya bermain air..Secara ringkasnya biliknya bolehlah tahan luasnya untuk kami 4 beranak..2 Katil King...Gambar bilik memang lansung tak ambik rasanya...kelengkapan macam biasalah tv..peti ais tu je lah..Tapi yang jadi kegilaan anak-anak kami ialah jakuzi....betul ke idak ejaan tu almaklumlah 1st time kot gi hotel ada benda alah ni....


Budak berdua ni ...tak sudah-sudah berendam dalam air..memang berbaloi-baloi lah percutian kali ni...bila siang hari kat waterpark disambung pulak kat bilik..Waterpark dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 7 petang.  Kami check in kul 3.00 petang terus terjun kolam sampai kul 6.30 petang.  Keesokan check out kul 12.00 tepat...sepagi itu lah mereka berendam kat kolam bawah tu.

Gambar Ehsan dari Fb anak dara
Suasana dan persekitaran boleh dikatakan cantik dan bersih.  Anak-anak selesa untuk main.  Disebelah malamnya ada permainan berbayar seperti memanah..permainan yang macam dekat funfair tu la...anak-anak pon tak main just main memanah je 10hinggit 15 mata panah...dah cukup...



Bagi sesiapa yang malas nak kemana-mana kat tepian pantai ada tempat yang romantik untuk menikmati makan malam dengan hidangan panas seperti ikan dan sea food bakar...memang best sangat....harganya pon tak mahal...hanya boleh menikmati ikan kembung seekor hanya harga 1.90 seekor..pelbagai masakan boleh pilih...

Dengan percutian yang pertama di musim cuti sekolah ini anak-anak amat gembira...Lain kami bolehlah berkunjung lagi


Tuesday, August 23, 2016

Baiki Sofa

Assalam...

Salam Rabu untuk semua....
Rasa tak bersemangat je nak kerja hari ni....dah semalam cuti hari ni lemau lah pulak...
Harapan semua sihat dan cerai..dipermudahkan segalanya....

Hari ni nak cite sal baiki sofa kami....
Dah berbulan-bulan duk servey tempat nak baiki sofa....dah serata alam dah mencari....serata alama lah sangat padahal guna pak cik google je pon n call dan  wasap...dari sebelum puasa lagi kot...sampai lah selepas raya sebulan baru dapat tempat yang rasa terbaik.....tapi....
Citenya gini...

Sofa lama kami , kami dah pakai lebih dari 10 tahun mungkin dah capai 15 tahun kot....rasa dah lama sangat dah...nak ajak kekawan ke rumah pon dah rasa macam malu sangat sebabnya dah tua sangat dah...



 Kusi kami ni jenis 3 +2+1....sarung je boleh basuh...yang badan sofanya polister biasa....tu yang kopak-kopak kulitnya....tapi nak cite lagi...kusi ni pon bukan kami yang beli pon kawan en. somi yang kasi masa kami mula-mula datang KL dulu lagi....nampak tak kami ni memang susah sangat kan...hahahah..Tapi bila terpandang kerusi ni memang mempunyai seribu kenangan lah dalam alam perkahwinan kami...ia lah saksi bisu kami...Memandangkan banyak sangat kenangan dari rumah kajang dibawa ke rumah kuarters Presint 14 kemudian diusung pulak ke rumah beli kat Nilai sekarang ni....Memang en.somi tak nak ganti baru...keras-kerasan tak nak ganti baru...Bukan apa cuma kusyennya memang selesa sangat..Walau dah berbelas tahun kami pakai kusyennya memang tak mampat pon tak berubah lansung ....empuknya sama saja dari awal kami ambik....

Akibat dari kedegilan dan kecintaan terhadap sofa yang amat sangat saya hanya mohon en. somi membaikinya supaya ia nampak up grade dan ceria skit...JAdi kami bersetuju untuk menghantar sofa kami ke salah satu bengkel yang kami pilih kat BBN je..iaitu kedai K...

Tujuan asal kami hanya ingin di baiki badan sofa dengan menggantikan PU sahaja kemudian menambah  'Slip Cover' dan tukar sarung kusyen itu sahaja....tak baiki kusyen atau gantikan kusyen baru pon tak pe sebabnya semuanya masih ok dan tahan lasak ( kami inginkan begitu).  Materialnya memang terbaik...Kami setuju dengan harga yang diberikan iaitu RM2700. diposit 40% dari harga.Tanpa menggantikan kusyen....

Semasa kami deal memang kami menyatakan begitu kepada tuan kedai. Tapi rupanya anggapan dan kefahaman nya berbeza.. Dah lah tak di bagitahu proses kerja mereka yang mereka selalu buat...tahu-tahu call tak dapat buat....Masa deal semua masalah mereka boleh buat....terpaksalah kami berulang-ulang ke bengkelnya memberikan ideal dan cara bagaimana nak siapkan 'slip cover' Berkali-kali mengajar cara untuk mengambil ukuran kain mengikut bentuk sofa kami...penat dibuatnya...pekerjanya memang tak paham dan tak pandai buat...bos nya lagi lah hanya bergantung 100% kepada pekerja sahaja....dari masa 2 minggu kami bagi masa 4 minggu...dah lah kain untuk badan yang plain ditukarnya kepada yang berjalur tu...hurm memang tragis cite sofa kami ni....

Panjang pulak citenya kan...bertabah lah walau pun nak muntah ijau ye...ni cite paling dramatik ni...Pastu badan sofa pulak bukan dibuat dengan PU hanya menggunakan kain hitam yang nipis je..yang selalu kita nampak  kat bawah sofa tu kan....selalunya kain lapik kusyen bawah tu kan  warna hitam kan...alah lebih kurang  kainnya macam paperbeg yang dimasukkkan handbeg tu...camne nak ckp ek...nipisnye...material memang tak bermutu lah...harga kain hitam tu hanya dalam RM 2 hinggit je semeter katanya...


Memang kita nampak ianya cantikkan tapi bila berdepan memang nipis sesangat dalam 2 tahun dah hancur sendiri...sebabnya jenis kain yang digunakan ini akan jadi reput....itu lah memang sangat....sangat tak puas hati...macam nak nangis rasanya bila pergi ke bengkel....memang langsung tak diterangkan material yang digunakan....jika begini lah dia punya kebiasaan dia lakukan saya akan cadangkan dia menggunakan jenis kain cotton yang lebih mahal sedikit...dan kami akan tambah pertambahan kosnya...Keseluruhan badan sofa kami digunakan kain hitam nipis ini...agak-agak berapa lama sofa kami boleh bertahan ye....


 Kemudian, kami sabar kan jua.... terima je apa yang dia buat...setelah tuan kedai call suh datang bayar dan angkut kerumah kami hanya setuju sahaja walau dalam hati memang lansung tak puas hati....dengan slip cover yang tertukar, dengan kusyen yang dibuang yang lama diganti dengan kusyen yang material murah...macam-macam lah...tak tau lah berapa lama bertahan tu...Kadang nyesal pon ada tersalah pilih bengkel padahal banyak je kat kajang yang sudi buat...


Nampak lawa kan...tapi sebenarnya design yang kami nak hanya simple je xde ropol-ropol tu eh...  bukan tip top lah...saya tak cadang lah kat sape-sape yang nak buat gini...


Sudut belakang sofa kami ada zip lagi....memang lawa kan...


Sudut depan kerusi 3 sitter kami.. Nampak macam tak kemas kan...tak macam fella lah kan...tapi tak pe lah kan dah gini caranya..terima je le kan...ada rezeki kita beli yang baru je lah lepas ni...
sekian,