Assalamualaikum..
'Happy new year' tuk semua..
2014 diakhiri dengan bencana sedih tuk kita semua. Keadaan banjir yang dasyat di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu membuatkan kita semua insaf akan kebesaran Kuasa ALLAH. Banyak perkara yang dapat menyedarkan diri ini dikala ALLAH turunkan peringatan di tahun 2014.
2015 Berdoa agar semuanya akan lebih baik. Untuk diri ini dan keluarga agar semuanya akan berjalan mengikut jalan redha Allah...
Thursday, January 1, 2015
Monday, December 22, 2014
Pejabat Ku Tempat Mu Anak ku
Assalamualaikum...
Hari ni cite perihal cuti sekolah lagi...Setiap kali cuti sekolah pasti mak-mak gila runsing nak letakkan anak-anaknya dimana kan...Hah samalah macam saya...sebelum ni berlagak tak nak letakkan kat kampung hah sekarang rasakan bertapa susahnya nak mencari tempat untuk ditransitkan...Walaupun ada anak pulak tak nak...Anak zaman sekarang nak duduk tempat yang best aje..nak berkepit je dengan mak ayah...
So rasakan,budak dua ni... adik dan abang.. Dah 2 hari dah berkampung kat opis mama...Setelah habis je kem Cuti Sekolah tu adik dan abang kami bawak je kat opis..dah susah sangat nak letak...banyak sangat karenah...duduk lah adik kat bawah meja mama..

Adik mama sorokkan ke bawah meja... Kesian kan adik...Alah sekejap je tu bertahan nanti dia merayau ke bilik bos saya...Nampak rapat sangat berborak...jangan mengganggu bos nak buat keje sudah...Nampak kesian pulak duduk bawah meja....Apakan daya dik...nak jugak ikut bontot mama situ lah tempatnya....Saya pon berbanyak terima kasih jugak kat kekawan yang banyak tolong nengokkan budak ini...Sebenarnya mama ni sibuk sebab musim checking aset ke bahagian lain..jadi kawan-kawan je lah yang nengok..
Sebenarnya kami adil dan saksama dengan encik somi...dia jaga si abang...mama jaga si adik...so pandai-pandailah jaga...Mama rasakan lagi banyak duit mama habis bila adik bersama mama...semua benda nak makan dan bekalkan....Walauapapun koata tuk duduk opis mama hanya 2 hari je tau...Esok kami dah mula bercuti....Kami bercuti ke Kuantan je.....bye..
Thursday, December 18, 2014
Cuti Sekolah Dengan Kami Je..
Assalamualaikum...
Tak seperti tahun-tahun yang lepas, anak-anak mama bila cuti sekolah dihantar ke kampung, umah nekda dan tokbahnya sebelah suami....Kat kampung mereka di hantar untuk mengaji Quran dan Fardu Ain. Namun tahun ini mama telah nekad tak kan menghantar lagi anak-anak mama ke kampung... Mama rasakan kenapa kami sebagai ibu bapa nak bebankan mak ayah kita kan...itu pendapat mama je lah kan...lain orang lain lah pulak pendekatannya kan...so
Tahun ni kedua-dua anak mama ni mama hantarkan ke Kem Syabab di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ (MTMZA) untuk 2 sesi dan 1sesi Kem Mahabbah. Semuanya 3 minggu...Hah duduk lah anak-anak mama kat situ mencari ilmu dan motivasi diri...Ini untuk bekalan dan pengalaman adik dan abang jugak.

Kem Mahabbah ni lebih kepada untuk menjadi anak dan hamba yang soleh. Pengisiannya amat bagus dari segi rohani. Anak-anak di praktik kan dengan cara yang betul dari segi solat, air wuduk dan kehidupan harian dengan keluarga dan masyarakat. Hari-hari bila pulang kerumah akan menangis dan meminta maaf...Kadang-kadang mama pon nangis sama...Huh insaf katanya...Aman damai dalam masa seminggu tu mulut mama pon tak banyak guna tuk membebel....Tapi tak tau lah bertahan sampai bila...
Sekarang sesi ketiga dah masuk ke penghujung dah... Kem Syabab ni mama nampak lebih kepada Kem motivasi dan pupuk semangat. Bagi sesi syabab ni pulang tak pernah nak menangis pulak.. Hari-hari balik seronok je...Siap ada nyanyi lagi..Adik pulak hari-hari balik bercerita perihal cikgu yang baik dan penyanyang...apa yang dipelajari entah...Abang pulak bila balik ke umah je penat-penat..kerja berkumpulan..Macam tak bersemangat je budak ni.. Namun satu yang berubah bila balik kerumah melipat pakaian sendiri ..katanya mereka diajar melipat kain dengan cara yang paling cepat...Hurm...ye lah...lipat lah anak oi senang kerja mama tak yah dah melipat setiap minggu...Sekarang dah nampak semakin senang diurus dan dibawa berbincang ckit.. Bila masuk waktu solat tak perlu dah mama terjerit-jerit , abahnya mengangkat rotan. Ok lah kan sekurang-kurangnya adalah sedikit perubahan...
Harap abang dan adik dapat manfaatkan peluang yang ada. Segala pelajaran diambil sebagai ilmu untuk kehidupan akan datang..Sesungguhnya hidup ini banyak cabaran yang perlu dilalui. Untuk kem ini hanya diperuntukan seramai 150 orang sahaja. Penganjur hadkan untuk memberi tumpuan yang lebih kepada peserta. Yuran pon berpatutan. Harap tahun depan adik dan abang akan berpeluang lagi menyertai kem ini..
Ini gambar menunjukkan penutup bagi sesi 1, yang dihadiri oleh ibu bapa. Moga kem ini berjaya mendidik anak-anak kami membesar dengan jiwa yang bersih, Baik untuk dunia dan akhirat..
InsyaAllah..
Tuesday, December 16, 2014
Abang yang sekarang bukan lagi yang dulu.
Assalamualaikum semua...
Hari ini terasa terpanggil lagi nak menulis..roh rajin dah datang..dah datang dah....Hari ni cite perihal anak teruna kita sebenarnya . Tak de kaitan meniaga baju-baju ke happa ke......baju-baju tu semua sesaje je tuh ..nak jadikan contoh je...
Panjang je tajuknya kan...Sekarang dalam mood cuti sekolah ni.. Anak-anak semuanya dihantar ke kem Cuti sekolah...Dalam masa berulang alik menghantar dan mengambil anak-anak ke pusat MTSMZA terasa macam tersedar dari lamungan yang berlaku perubahan keatas anak teruna mama tu....Dan terfikir rupanya anakku dah besar dah upenya mungkin dalam proses perubahan @mencari indentiti ke happa......
Apa yang menjadikan mama terfikir...selalu baju yang menjadi kegemaran anak teruna mama ni ialah baju yang berlambang dan berjenama yg dia suka aje...Takyah duk bagi lah baju yang dia tak berkenan dia tak kan pakai....Biarpon baju yang dia suka tu buruk ke apa ke dia tetap pakai.. Ada satu ketika nak pergi ke masjid pon nak pakai baju angry bird...contohnya baju-baju yg kat bawah tu...semua yang dia suka suatu saat dulu...sekarang dah tak nak pakai lagi katanya untuk ke majlis ilmu dan ala-ala formal gitu...dah nampak dah kan budak ni dalam proses berfikir kan...hahahah....dulu mama bebel tak nak dengar sekarang awak sendiri faham kan anak....harap-harap berkekalan lah pemikiran yang elok tu diotak mu anakku..Lagi best katanya macam budak-budak pakai baju canggitu...huwa...rasa nak gelak guling-guling ...
Sekarang apa yang mama nampak bukannya nak nampak sopan sangat pon cuma dia mengelak dari digelar 'budak kecik' kat tempat kursusnya tu....Sebabnya baju-baju jersi pon kadang-kadang dipakainya..Katanya 'baru nampak macam orang besar'...Aloh.....Gitu pulak...sungguh mama tak faham.. Pakaian-pakaian yang boleh menutup imej 'budak kecik' saje yang dia suka...Kononnya dah besar lah tu kan....Macho konon..
Jersi-jersi ni je pon yang ada...untuk tambah pakaian yang ala-ala orang besar tu nanti ye anak...tunggu budget dari bapak mu dulu...Kita akan tukarkan imej budak kecik abang tu ye....
Sekian....membebel entah apa-apa...
Tuesday, December 9, 2014
Semua Sekali kat sini
Bismilahhirrahmanirrahhim....
Assalamualaikum buat semua kekawan...
Hari ni... saya tiba-tiba ada roh rajin menyusuk ketubuh badan ini untuk menaip....Semua cita-cita yang dicitakan ini semuanya dah basi pon...cuma sebagai ringkasan dan dipendekkan je lah kan...tak best plak nak cite benda yang dah basi....
Setelah membaca blog-blog pujaan hati saya , terus hati ini bersemangat untuk menulis gak..namun takdak ape pon yang menarik...Sepanjang penyepian diri ini tak banyak benda pon berubah...Dari segi makan minum, travel, kehidupan anak-anak dan keluarga kami adalah seperti biasa gak...Kalau jalan pon hanya 2@3 bulan sekali je ..tu pon ketempat yang dah biasa pegi pon...Tahun ni hanya kelainan skit bawak anak-anak jalan ke Gambang Water Park dan Lego Land je... Tahun ni macam tak de yang best sangat....tapi tak pelah kan sebagai penutup tahun ni kan saya masukkan gambar je lah yang merangkumi semua aktiviti kami sepanjang tahun 2014 kan...
Sebenarnya banyak kenangan pahit dan manis ditahun ini. Namun apa yang baik di ambil dan yang tak elok diingat sebagai pengajaran. Tidak seperti tahun yang lepas di musim cuti sekolah ini, anak-anak dihantar kekampung namun tahun ini kami telah nekad untuk tidak dihantar ke kampung lagi...semuanya ada bersama kami...Dan kami telah mendaftarkan ke Kem Cuti Sekolah....Nanti saya cite tentang kem mereka ye...lau ingatlah kan..
Walaubagaimana pon cite tuk post kalini ni je kot dah kering idea ni ...tak tau dah nak cite sebab dah basi.....layan je lah gambar kat atas tu...tu gambar yang sempat dicari dalam setahun kot..apa yang sempat je lah kan....
Bye lah...
Monday, August 25, 2014
Tahun ke 10 Sudah
Assalam...
Rasa dah lama beno tak menulis blog ni bagaikan bertahun lamanya kan..
Malasnya makin menjadi-jadi...Aktiviti percutian berjalan seperti biasa boleh dikatakan dalam tempoh 2@3 bulan mesti je pergi bercuti ke tempat-tempat menarik dalam malaysia samada hari minggu atau hari bekerja (Anak-anak sekolah mama dan abah cutikan) Tapi tak jugak tertarik nak menulis...Virus apakah yang sedang melanda ni...
Namun petang ni memandangkan kedua-dua bos tak de kak opis dan kerja pon tiada semuanya telah diselesaikan mama cuba lah jugak menaip pos yang tak tau nak cite apa sebenor-benornya ni.. Sebenarnya idea pon macam takde tapi menaip lah jugak...Hati masih berbaki kesedihan berkenaan dengan "Pemulangan Jenazah Mangsa MH17...otak pon tepu je bila ingatkan kisah ini..
Namun berbalik kepada tajuk asal mama yang usia perkahwinan mama dah menjangkau 10 tahun..Sekejap je rasa dalam kita menggagah meneruskan kehidupan yang biasa-biasa saje telah pon mencapai jubli perak dah..Tarikh keramat tersebut ialah 19 Ogos 2014..
Mama amat bersyukur kerana diberi kekuatan dalam mengharungi perkahwinan ini. Sesungguhnya badai perkahwinan ini bukan sedikit namun ketabahan, kesabaran serta redha itu amat perlu ada dalam perhubungan suami isteri. Untuk menghadapi karenah anak-anak juga perlu persefahaman yang tinggi antara suami isteri.. Bermacam-macam dugaan samada kecil atau besar perlukan tolak ansur...
Sepanjang perjalanan ini banyak kenangan manis dan pahit yang telah kami harungi. Dan mama amat berterima kasih kepada suami yang selama ini cuba untuk memahami, belajar dan bersama-sama membina institusi kekeluargaan kami...Walaupun tahun ini banyak dugaan yang Allah Taala menguji kami namun kami masih gagah bersatu...Tiada apa pon lagi yang mama minta sebagai hadiah kerana semuanya mama telah miliki dan en. suami cuba penuhkan dengan sekadar yang mampu...
Setelah 10 tahun mengharungi kehidupan kini kami mempunyai target dalam mencari simpanan dan bekalan dunia dan akhirat. Diharap perjalanan hidup kami akan lebih berkat dan berjaya...
Selamat menyambut Anniversary yang ke 10 buat mama dan abah...Moga kita kekal bersama dunia dan akhirat. Moga next target berjaya...Amin

Monday, June 2, 2014
ALPA dalam TUGAS
.Hampir sepuluh tahun saya telah bekerja di Agensi Kerajaan ...Seingat saya komited dalam tugas yang diberikan adalah niat dalam setiap langkah bila mana menunaikan tanggungjawab. Tada satu pon saya lepas pandang dengan tugas yang diberikan kepada saya. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk setiap tugas yang diarahkan. Namun besarnya kuasa Allah supaya kita manusia jangan terlepas pandang dengan kekuasaan Allah dan jangan sombong dengan keupayaan dan pencapaian kita...Ingat setiap benda didalam hati Allah lebih mengetahui...
Dengan Terjadinya perkara sebegini di petang ini saya akan berhati-hati, sabar, jangan pandang mudah dengan tugas walaupun hati telah tawar untuk berkhidmat disini..Ingat itu adalah tanggungjawab besar atau kecil amanah yang diberikan...mesti dilaksanakan dengan baik dan komited.
Sekian, hati ini amat sedih dengan kesilapan kecil kesan yang besar kepercayaan yang kian runtuh....Moga Allah kuatkan semangat untuk kembali untuk menjadi pekerja yang komited...Belajar dari kesalahan...

Subscribe to:
Posts (Atom)