Salam semua...
sudah seminggu mama tercari cari tajuk ni tetapi dalam seminggu dua ni bzzz ckit so hari ni barulah ada masa terluang untuk post kan tajuk ni. Tajuknya ialah lebih kurang sama dengan ceramah agama yang mama hadiri kat kementerian minggu lepas iaitu Solat di Awal waktu. Tetapi semasa kursus tu memang tak sempat nak salin nota2nya. So mama jumpa tajuk ni dalam MIORBIZ.COM. Moga dapat sama2 memberikan manfaat kepada kita semua. Layannnnnn..
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena
perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat
dalam bidang fotografi.
solat subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil
akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga
alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap
oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
solat zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang
yang tengah sakit perut ceria tak ?
solat asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar
di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,
uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren
ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh
seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar
ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
solat maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis
(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana
banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi
otot, saraf dan tulang.
solat isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang
kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna
putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
kesimpulan
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat
malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi
amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .