Wednesday, March 1, 2017
GrandLexus PD
Asalam semua...
Sekali muncul lagi...dah lama tenggelam ni...macam dah tak wujud dah...
Tak de apa yang special sangat kot cuma sekarang lau ada cuti je balik kampung je...Bercuti dikampung je lah....owh gitu....
Dalam tahun ni dah 2 @ 3 kali balik dah...tak kiralah ada duit ke idak...balik jugak..hahaha. Walaubagaimanapun anak-anak teringin jugak untuk mandi kolam dan ambik angin luar dari pada kebiasaan.. Jadi en. somi bawaklah anak-anak ke 'Grand Lexus' untuk 2 malam. Nah ambik ko dua beradik berendam kat kolam tu...nak tidor dalam kolam pon boleh ..mama dah tak bimbang apa dah..semuanya depan mata mama dan abah...
Mak bapak pon sama gak sebenarnya duk masing-masing terapikan diri dengan cuci rambut la...spa muka la...macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama. Pendekkatan 3 hari 2 malam kat sini memang untuk releas dan betul-betul berkasih sayang lah...anak-anak pon seronok walaupon ponteng sekolah 2 hari.
Kami check in pkul 3 petang ahad dan check out hari selasa.. Biliknya betul-betul selesa dan luas..semua kelengkapan memang lengkap. Teramat selesa dengan kebersihan tandas, bilik mandi, kolam semua dijaga dengan penuh standart kata ko...Makan pagi pon amat berpuas hati dengan hidangan yang pelbagai...Seperti hotel-hotel lain jugak jenis hidangan macam selalu kita nampak cuma kuih-kuih tradisional melayu memang tak ada langsung lebih kepada selera cina kot saya rasa...tapi boleh la kan untuk makan pagi...
Ni kolam mandi yang kat luar...sekali sekala bebudak ni mintak nak mandi kat kolam luar reramai katanya.. Mama ikutkan aje...duk menunggu sambil layankan cuaca yang indah...angin sepoi-sempoi bahasa...best sangat almaklumlahkan tepi pantai...Kami menginap pulak dekat hotel chalet dalam laut....cantik sangat pemandangannya...
Nampak 2 beradik tu tak naik-naik...naik merah bijik mata....kolamnya amat selesa sebabnya disebelah kolam terdapat tempat mandi terbuka...sekiranya lau lah nak terkencing ke bolehlah terus ke tempat cucuran tu...memang selesa sangat....dibawah cucuran tu tiada bumbung...sekiranya badan dah terketor-ketor sejuk bolehlah menyidai kat kawasan itu...sambil mendongak awan yang membiru...
Sekiranya ada masa dan kewangan hendaklah ulang kembali pada masa akan datang....ianya amat berbaloi-baloi untuk family bonding...Untuk lebih info bolehlah ke laman web Grand Lexus...
Sekian,
Subscribe to:
Posts (Atom)