Wednesday, March 1, 2017
GrandLexus PD
Asalam semua...
Sekali muncul lagi...dah lama tenggelam ni...macam dah tak wujud dah...
Tak de apa yang special sangat kot cuma sekarang lau ada cuti je balik kampung je...Bercuti dikampung je lah....owh gitu....
Dalam tahun ni dah 2 @ 3 kali balik dah...tak kiralah ada duit ke idak...balik jugak..hahaha. Walaubagaimanapun anak-anak teringin jugak untuk mandi kolam dan ambik angin luar dari pada kebiasaan.. Jadi en. somi bawaklah anak-anak ke 'Grand Lexus' untuk 2 malam. Nah ambik ko dua beradik berendam kat kolam tu...nak tidor dalam kolam pon boleh ..mama dah tak bimbang apa dah..semuanya depan mata mama dan abah...
Mak bapak pon sama gak sebenarnya duk masing-masing terapikan diri dengan cuci rambut la...spa muka la...macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama. Pendekkatan 3 hari 2 malam kat sini memang untuk releas dan betul-betul berkasih sayang lah...anak-anak pon seronok walaupon ponteng sekolah 2 hari.
Kami check in pkul 3 petang ahad dan check out hari selasa.. Biliknya betul-betul selesa dan luas..semua kelengkapan memang lengkap. Teramat selesa dengan kebersihan tandas, bilik mandi, kolam semua dijaga dengan penuh standart kata ko...Makan pagi pon amat berpuas hati dengan hidangan yang pelbagai...Seperti hotel-hotel lain jugak jenis hidangan macam selalu kita nampak cuma kuih-kuih tradisional melayu memang tak ada langsung lebih kepada selera cina kot saya rasa...tapi boleh la kan untuk makan pagi...
Ni kolam mandi yang kat luar...sekali sekala bebudak ni mintak nak mandi kat kolam luar reramai katanya.. Mama ikutkan aje...duk menunggu sambil layankan cuaca yang indah...angin sepoi-sempoi bahasa...best sangat almaklumlahkan tepi pantai...Kami menginap pulak dekat hotel chalet dalam laut....cantik sangat pemandangannya...
Nampak 2 beradik tu tak naik-naik...naik merah bijik mata....kolamnya amat selesa sebabnya disebelah kolam terdapat tempat mandi terbuka...sekiranya lau lah nak terkencing ke bolehlah terus ke tempat cucuran tu...memang selesa sangat....dibawah cucuran tu tiada bumbung...sekiranya badan dah terketor-ketor sejuk bolehlah menyidai kat kawasan itu...sambil mendongak awan yang membiru...
Sekiranya ada masa dan kewangan hendaklah ulang kembali pada masa akan datang....ianya amat berbaloi-baloi untuk family bonding...Untuk lebih info bolehlah ke laman web Grand Lexus...
Sekian,
Sunday, January 8, 2017
PenutupTahun 2016
Assalamualaikum...
Sekarang dah minggu kedua tahun baru 2017....mama baru nak cite sal penutup tahun 2016...herm memang basi je slalu cerita kat sini...tapi tak pelah memang untuk kenang-kenangan sendiri je pon kan....
Macam biasa lau cuti sekolah ujun tahun memang wajib balik kampung lama atau sekejap. Tapi penghujung 2016 agak lama lah jugak bercuti setahun kot dari 23 Disember 2016 hingga 2 Januari 2017..
Hahahah lamakan... Cuti bersambung-sambung padahal betul-betul ambik cuti just 3 hari je selebihnya cuti ganti dan sememangnya cuti umum...Best kan...terasa nikmatnya bila berada di kampung. Dengan niat nak balik kampung nak main air banjir tapi tak banjir-banjir pon hanya hujan sekejap-sekejap lebat je...sudahnya berkurung kat dalam umah je...
Dalam masa kat kampung tak banyak pon aktiviti yang kami boleh buat....antaranya berjalan-jalan ke Kota Bharu dengan niat nak makan-makan santai dengan kuarga mak mertua...tapi penyudahnya kat dalam keta je pusing-pusing sebabnya semua jalan jem...jem..jem nak parking pon tak boleh...jalan pon ensot-ensot je...skejap break..break...hurm bosan rasanya.. Ye lah kan bukan kita je balik kampung..Bukan kita je nak jalan-jalan kan...harus ingat tu...
Dulu dikenali sebagai padang bas kini telah bertukar wajah...Keadaan sudah tidak sama seperti dulu yang penuh dengan makanan meriah dan seronok sangat. Bila tiba waktu maghrib semua penjual tutup kedai terus solat...Kini tidak lagi...Suasana begitu masih tidak wujud lagi...Sungguh tidak besh sudah...
Dipenghujung hari percutian kami sempat berpeluang menghantar mak ayah dan adik ke Airport Kota Bharu kerana mereka nak berangkat ke Mekah buat umrah...Seronok rasanya dapat peluk mak ayah...Harap-harap mak ayah sihat je sehingga berangkat pulang.
Walaupun begitu keluarga kami memang tetap ceria dan dalam keadaan yang sedih dan bersyukur serta pengharapan agar mak ayah dipermudahkan sehingga pulang ke tanah air.
Sekeping dua gambar buat kenangan yang dihantar melalui wassap...syukur mak ayah serta rombongan sihat sejahtera.
Malam sebelum keberangkatan adik beradik kami buat makan-makan tuk anak cucu serta anak-anak dengan membakar ayam dan sewaktu dengannya. Masing-masing diwajibkan membaca yasin dan sembahyang hajat.. Semua telah terlaksana oleh anak-anak ipar duai dan cucu-cucu...meriah sangat...mak ayah pon gembira bila melihat anak-anak semua ada.
???? Yang terbaik
NotaKakitangan : BBeauty kah???Madu Kelulut kah???Atau apa??? Nanti kita lihat ye sebabnya dalam pemerhatian....
Subscribe to:
Posts (Atom)