Sekejap je dalam tahun ni dah sampai bulan sebelas dah...
Hari ni mama terlebih rajin plak nak tulis entry sal hari jadi untuk kami anak branak..
Sebenarnya ramai yang sambut hari jadi bulan November ni @ SCORPION..
Kebetulan plak dalam bulan november ni kami berkongsi bulan kelahiran bersama dengan bapak mertua mama yang jatuh pada 9 november, manakala 11 november plak jatuh kepada anak saudara mama iaitu iman yang ke 2 tahun..Tarikh kelahirannya ialah 11/11/2011..Cantikkan tarikh itu..hurm...Ingat lagi semasa ibunya mahu lahirkannya memang ditempah-tempah tarikhnya..Macam ibunya senang memang dia bekerja disitu...
Kemudian 13 november plak dikongsi oleh mama dan abang ajiq....Dulu mama terasa teruja sangat dapat berkongsi tarikh yang sama tetapi sejak akhir-akhir ini mama rasakan dah tak best dah...sebabnya orang sekeliling mama tak hiraukan mama semua tumpukan pada teruna ni..Hadiah pon selalu diingatkan tuk dia je...yang paling tak best mama pon terpaksa habiskan duit sediakan hadiah tuknya...Hurm...sungguh tak best...tapi tak pe lah mama dah tua dah tak kesah da sal hadiah ni asal suami mama ingat dah..peluk cium pon tak pe..
Tahun ni abang ajiq mintak nak kan basikal...semalam baru mama pergi servey yang mana rasanya yang sesuai dengan nya dan mengikut budget..dulu-dulu mama rasa basikal sebegini hanya dalam 100-200 je pon...sekarangni harga dah berganda-ganda dah...fening plak mama nak belikan hadiah tahun ni...manakan tidak jika belikan tuk abang sudah pastilah adiknya sekali...rasa-rasanya dalam setahun 2 kali hadiah birthday kena sediakan..itu pon baru 2 orang anak kalau 3 ke 4 ke cnne ni...kopak...kopak.. Belum lagi masukkan jajan dan kek ni...apa-apa pon tengok je lah besok cnne..
Ah....terlupa lak adik mama pon bulan november jugak iaitu 26/11...hurm...boley lah rai kan skalilah kan..apa-apa pon tunggu....Wassalam