Tuesday, May 28, 2013

Aktiviti Anak Beranak

As salam kekawan.......
Hari ni mama nak cite sal aktiviti kami sekuarga pada hari minggu lepas...
Sempena cuti Hari Wesak, Jumaat di tambah dengan cuti hujung minggu jadi kami bercuti selama 3 hari la...best sangat rehat kat umah...

Ah....ah....bila kat umah tu kami mestilah nak makan je keje.......So keje mama hari cuti  masak je lah....mama tak pandai pon masak tapi boleylah makan-makan anak beranak kami...
Bila ada cuti lama sikit dan kebetulan en. somi tak de klas boleylah kami ke Pasar Borong Selangor..kat situ lah semua jenis lauk, sayur mayur, dan buah-buahan berkumpul.....Bila lihat semua rasakan nak tapi kenalah fikirkan jugakkan sebabnya mama dah jarang masak sekarang. kalau hari kerja lansung mama tak masak.   Bila bebanyakkan nanti beku dan terus kejong dalam peti ais tu...Biasanya dah sampai 2 minggu mama pos kan lah ke Tong Sam Pah...Buang duit je kan..Sekarang Masa untuk berjimat....jimatlah sangat...

Kat Pasar Borong Selangor terdapat pelbagai jenis udang, ada udang laut, udang bela kecil besar dan macam-macam pilihanlah.  Dan udanglah makanan kegemaran kuarga mama.... So hari tu kami borong udang je lah sampai berkilo-kilo.  Semuanya udang laut.  Kami memang gemar dan hanya makan udang laut je... Tapi harganya sedikit mahal lah...tapi jika beli saiz yang biasa-biasa je taklah mahal sangat pon.  Dalam 30 -40 je sekilo...ok lah kan janji makanan kegemaran seisi kuarga mama.  Berbaloi-baloi asenya.  Masakan yang kami anak beranak gemar ialah masak lemak kuning udang di campur dengan batang keladi.  Tapi hari tu terlupa nak belikan keladinya...hihihi.. Sebabnya tempat yang selalu mama beli dah habis keladinya jadi dah lupa dah setelah beli sayur-sayur yang lain. 


Masak lemak kuning ni kurang menjadi sebabnya santan yang digunakan sedikit cair...nampak tak menyelerakan kan ?.  Tapi takpelah janji ianya sedap di tekak en.somi dan anak-anak.  Menambah-nambah lagi.  Sekali hadap je habis seperiuk...nampak sangat dah kebuluran masakan mama...almaklumlah lama dah mama tak masak benda-benda kampung sebegini..


Bila ingatkan orang kampung mama masakkan lauk-lauk kampung yang biasa mak mama masakkan...Rindunya kat kampung.


Ini adalah selera anak teruna mama. Suka sangatlah dengan coaktail ni...Jika hari-hari pon tak pe...Nak buatnya amat senang. Pejam mata sebelah pon boleh siapkan...gurauje...


Ni pulak permintaan anak dara mama.  Katanya nak sediakan untuk kawannya yang dah pindah tu.  Katanya ibu kawannya nak hantarkan kawannya kat sekolah untuk sehari bagi melepaskan rindu kepada kekawan....Buatlah si mama ni.. Mama menurut perintah...

Ni pulak big boss umah kami. Semua kene dengar cakap dia.  Nak main game on line  pastu nak kongker tv lagi...geram mama dibuatnya.  Bila hari cuti tu tak de peluang lah mama nak nengok tv.


Bila malam pulak budak berdua ni ajak ke Perhimpunan  Belia Negara...hahaha dah lama tak kuar sampai kul satu dua pagi jugaklah  baru sampai kat umah kami kat Nilai.. Dah lama rasanya kami tak kuar jalan-jalan.  Semenjak ayahnya sambung belajar dah hampir 2 tahun tak kuar ke tempat-tempat gini..Kesian anak-anak mama. Sebenarnya pelbagai mainan yang mereka cuba tapi semuanya mama tak ambik gambar.  Ni je lah yang mama ambik...Layan je lah gambar kat bawah ni dah kering idea mama nak tulis...


Abang dah dimasukan ke dalam belon. Haha duduk lah kat dalam tu...sampai semput nak bernafas..


Ni pon sama tengah memasukan udara ke dalam bebola tu...


Ni pulak giliran adik di masukan ke dalam bebola tu...


Sempat memberikan posing yang menarik gak adik ni...


Nak main bebola ni bukannya senang-senang tau kene ambil nombor giliran dan beratur panjang.  Pastu tiketnya 10 hinggit satu kepala.  Sama gak mainan motor kecik dan menembak...banyak abahnya disembelih oleh budak bedua ni...


Gambar mama pon ada.  Sempat di ambil oleh abahnye...nape dengan mata adik tu...

Thursday, May 16, 2013

Double Triple Celebration.....

Assalam kekawan.....
Mula-mula nak start ta tau kat ne sebab semuanya dah berlalu.......mula-mula mood mama diserang dengan PRU13 dalam masa yang sama hari jururawat...pastu hari ibu dan hari Guru pulak...Semuanya memerlukan ungkapan 'Terima kasih Jasamu Ku Kenang".

Cerita PRU dah basi dah sebenornya...namun di saat itu memang habis-habisan lah berkempeng semasa berada di kampung.  Kemeriahan masih lagi terasa....hurm 5 tahun lagi lah akan jumpa InsyaAllah....tu pon lau  umur panjang.  Sempena PRU hari tu mak ayah mama  buat majlis sembahyang hajat dan makan-makan.  Hidangan yang kami sediakan nasi dagang...Maafye kawan-kawan sebabnya majlis dah nak habis baru berkesempatan untuk mengambil gambar...gambar kat bawah ni dah tak senonoh dah tapi tak ada gambor lain dah ni jelah..........tapi rasanya pasti yang terbaiklah...Gulai ikan tongkol dan itik serati menjadi pilihan kami hari tu...hurm sedap sehingga menjilat jari...


Pastu kisah hari ibu pulak..Kami adik beradik berusaha sediakan hadiah hari ibu untuk ibu kami..  Sebenarnya bukan nak sambut sangat pon hari ibu tu....tapi daripada hari berlalu begitu saje apa salahnya kami hadiahkan sesuatu utuk ingatan ibu kami kan...Bukan niat meraikan sangat just sekadar menghadiahkan je....itu pon salah satu cara menggembirakan hati ibu kami.........Walaupon ketika itu hanya 2 3 orang je adik beradik kami kat kampung tapi kami tetap boleh bersepakat untuk surprisekan ibu.....Ada makan-makan sikit dan hadiah kain pasang (Batik Terengganu). Sebenarnya bukan ibu je yang dapat hadiah ayah pon dapat tapi adik mama tak lah pulak tangkap gambar hadiah ayah....tapi bendanya sama je sedondon..




hahaha..........ni pulak sambutan untuk mama...yang mama dapat ni je kad.  Kad ni dihadiahkan oleh adik nana.  Sebenarnya kan ibu mana yang tak nak diraikan kan...semua insan yang bergelar ibu mengharapkan anak-anak dan suami mengingati jasa dan pengorbanannya...  Kalau adalah  ibu yang kata tidak mengharapkan dan tidak suka diraikan mama rasa mungkin insan itu ada something yang pelik atau takkena dalam perhubungannya.... Mama gembira sangat bila mendapat kad yang di buat sendiri oleh anak-anak ni...bukan riak tapi untuk kenangan lah kan...Ingatan ini iklas dari anak untuk kita sebagai ibunya...Ni nak cite ni Dalam dua hari sebelum dan dua hari selepas anak-anak mama tak habis-habis nyanyi lagi ni...

Satu.............
(Sambung sendiri ye sebab mama tak ingat........) sampai habis lagu tu dia orang nyanyi tapi mama memang tak pernah cuba tuk mengingatinya.....
Kasih mu ibu.........

Walaupun mama pon dapat hadiah dari en. somi tapi mama tak masukkanlah ke dalam entri kali ni bimbang akan mengecikkan hati kekawan dan di katakan yang mama ni menunjuk-nunjuk.....tak nak lahkan....kalau nak tahu datanglah ke rumah mama.... 


Hahaha..ni tulisan anak mama yang comel ni....Sayang semua....


Lepas je sambutan hari ibu kita  pulak menyambut hari guru.....Terima kasih Cikgu.......
 Kerana tunjuk ajar mu......Cikgu...
Kak bawah ni hanya hadiah untuk cikgu-cikgu adik je yang sempat diambil gambar ...semuanya ada lapan orang tetapi last minute abang buat hal nak bagikan semua untuk cikgunya pulak...padahal masa kami membeli tempoh hari sudah ditanya berkali-kali berapa orang  yang nak di kasikan untuk cikgu si abang katanya tiga je  tup.........tup nak tambah pulak jadikan empat.....hahaha bertukar menjadi ???? mama pulak....adik diam kan aje..
Sabor ajelah....terpaksalah keesokkan harinya mama kirimkan kat kawan-kawan mama yang pegi carikan hadiah untuk anak masing-masing. 


Sekian...........kisah perayaan berganda di bulan 5