Monday, December 31, 2012

2013 vs 2012

As salam semua.......
Dalam beberapa jam lagi kita akan memasuki tahun baru 2013......2012 akan hilang hanya tinggal kenangan yang tak mungkin di lupakan....Bercakap mengenai azam hari-hari kita dituntut berubah dan berazam ke arah kebaikan...tak gitu?  Oleh yang demikian tahun baru di harap akan lebih beroleh kebaikan dan dirahmati Allah...

Kat umah mama sekarang ni bedeboom debaam dengan dentuman bunga api...awalnya dah start main dah kan..Kat ne kawan-kawan berjalan sambil melihat bunga api bagi memenuhi permintaan anak-anak.  Mama kat umah je le...Anak-anak mama tak dek plak mintak nak kuar malam ni. Baguslah...benda yang tak mendatangkan kebaikan tak perlu lah bersungguh-sungguhkan...Bukan apa berada di rumah lebih elok kot bagi kanak-kanak..Mama pon boleh menemani en. somi study kat umah ni sebabnya minggu ni final exam tuk semesta ni.  Nonton cite pon best kat umah kan..sambil-sambil makan...layan habis gitu..

Ok lah...sempena tahun baru ni mama ucapkan kan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013'
Moga tahun ini lebih beroleh kebaikan dan kerahmatan...
AMIN...

Ops....terlupa lak sal 2012...
2012 tahun yang menerbitkan lagi sinaran dan percikan cinta kami suami isteri...Banyak kami belajar dari tahun sebelum...Pengalam itu amat berharga bagi rumah tangga kami..
Tahun ini teruna menempuh hari sebagai pelajar sekolah rendah...amat penat bagi seorang ibu untuk memenuhi hari persekolahan.  Namun ianya banyak mengajar mama bagi meneruskan ke tahun 2013.  Ditambah pulak jadual pembelajaran en. suami pada hujung minggu.  Banyak mama perlu lakukan sendiri.  

Namun ianya lebih memberikan kebaikan untuk kami.
Walaupun tahun 2012 kami tak kaya...kami tak mewah...kami tak dek kumpul aset berjuta...kami tak kumpul kereta mewah tak jugak yang baru namun kami hidup dengan tenang dengan rezeki yang halal dan berkat bukan dari hasil yang meminta....

Syukur Kehadrat ALLAH keatas kenikmatan ini....

Saturday, December 29, 2012

Bukak Sekolah Da......

As salam semua....
Lagi 2 hari sekolah dah nak bukak....dah lengkap ke semua barang-barang anak sekolah...
Kami guna yang taun lepas je lah....apa yang boleh semua guna cuma tambah ckit-ckit je...
Bunyinya macam kedekut je kan...hahaha bukan kedekut tapi cut budget sebabnya ongkos telah lari jauh ke laut tak boleh nak kejor dah...time-time ginilah macam-macam kan...itu ini rosak la...itu ini nak kene bayar la...hurm..nampaknya bonus tumpang lalu je le....

Tapi kan benda yang penting kenelah jugak kita ibu bapa sediakan....pelajaran perlu diutamakan..Keperluan mesti cukup namun kehendak diketepikan....Sekarang abang dah di bawak pulang ke Nilai...Bila dah ada dua beradikni pening jugak mama asyik gaduh je...yang sorang suka melalak yang sorang lagi suka mengacau...rumah ni kembali riuh rendah dah bersepah-sepah...hurm ...redha je le...

Mengidam

As salam semua....
Hah di pagi ahad yg damai ni mama nak cite sal mengidam ni...hey....bukan mama yang mengidam tau....mama belum lagi InsyaAllah next year...kot..

Ni hah mama nak cite orang demam yg mengidam sebenornya...sape lagi adik nana la...lagi pon dia sorang je kat umah skng ni....

Minggu lepas seminggu nana demam tak makan apa makan ubat je...lembik lotet dah..kurus kering pulak tu...sedih ase hati mama...semua makanan yang ditanya jawapannya tak nak...hurm....

Dalam seminggu bertahan dengan air milo dan biskut akhirnya ada progres lah ckit sihat.....bila dah ase sihat macam-macam pulak yang diminta...


Ni hah sup cendawan ni bila sihat segar bugar bukan disukanya pon tapi dimintanya plak....ok lah kan asal makan je....

                 
                     Pizza ni pon ngidam...nampak cam sedap je tapi xkene dengan tekok mama la...


Kek mesti ado dalam peti ais tapi kali ni skali hadap je dah habis...hurm orang demam kang..kang...

TF pon mengidam nak makan....mama pon tumpang lah jugak...Abah disembelihkan oleh mama dan adik ..kuikuikui .Bekasnya ada yang saiz paling besar je so isinya haruslah tak penuh sebab mahal...kuikuikui kedekutkan....ya lah lau mama lagi...abahnya lagi..  hish....abis gak lah abahnya sekeping hijau.  Tq jugak ye untuk diner.Tak sempat ambik gambar sebabnyo malu kt en suami. Nantikan apa plak katanya semua benda ambik gambar...malu woo....(Candle light diner)

Bila dah sihat ckit jalan-jalan kat Bandar Nilai sempat anak dara mama mengepau abahnye belikan kasut...takpelah beli je le buat koleksi..mama pon tak manyak macam adik kasutnya...

Wednesday, December 12, 2012

Siri Pembacaan Adik

As salam semua...
Alahai pete2 gini bosan la pulak almaklumlah  tinggal kami berdua  kat umah ni....bertape kt umah je ....dah tepu dah otak ni...

Ni mama nak cite je bukan nak riak ke, bangga ke dan perasaan yang sewaktu dengannya lah kan.  Sini mama just nak berkongsi siri bacaan yang elok untuk anak pra sekolah dalam umur 5-6 tahun. 4 tahun pon boleh kot...

Okeh...nak citenya kedua-dua anak mama teruna dan dara memang menggunakan siri bacaan ini dalam memahirkan bacaannya. Eh bukan memahirlah... tapi mengenal huruf dan mula membaca.  Modul buku ini amat mudah bagi anak-anak kita yang mula mengenal huruf.  Sebenarnya siri bacaan ini digunakan oleh murid-murid pra sekolah 6 tahun tetapi di sekolah anak-anak saya semenjak 4-6 memang telah menggunakan siri bacaan ini.  Ewah macam promote lah plakkan..

Serius... isi kandungannya agak bagus dan mudah untuk anak2 kita paham dan bunyikan hurufnya....bila membaca.  Bukan riakye tapi anak-anak mama penghujung 4 tahun dah kenal semua huruf-huruf ABC dan beserta bunyinya...Bila dah 5 tahun dah tak perlu eja lagi cuma kekadang bila dah tersasul tu je kene eja...itu pun kadang-kadang...jarang-jarang....hihihi

Dan bagi menambahkan lagi kelancaran bila membaca dan menajamkan ingatan bolehlah belikan buku-buku cerita yang berbentuk Moral story....  Ini buku anak-anak mama suka membaca. Dan kita sebagai ibu bapa perlu memberikan galakan  dan bila perlu mengambil bahagian sekali... Mama bukan ibu yang rajin pon tapi mama bersyukur sangat yang anak-anak mama menunjukkan minat dalam mencari ilmu.


Si adiknya memang giat membaca sekarang ni...tiap-tiap malam memaksa mama mendengar bacaannya.  Walaupun malas mama kuatkan semangat tuk bersama...Kekadang mata bagaikan nak tercabut dah ngantuk tapi dara masih mau membaca...huwa......mengantuk tapi sabar demi semangat anak.  Next year mama nak pastikan yang adiknya dah boleh lancar Iqra'.  Harap-harap ianya cepat lah jugak mempelajarinya kan.

Ni siri bacaan yang di hadiahkan oleh Nek ndanya....Betul-betul si dara hargainya...Selalu memegang dan membawa ke sana sini...Siri bacaan yang banyak memberi nasihat dan moral yang bagus...TQ nek nda...lain kali beli lagi ye...


Untuk pengetahuan nekndanya siri bacaan ini telah ditamatkan oleh adik.....Tahniah my sweet hard mama dan abah.....Abang pon sama yang membuatkan mama dan abah bahagian dan bangga...

Tuesday, December 11, 2012

Al kisah....xde keje

Hai kekawan..Assalam semua moga ceria-ceria lah kan...

Alahai  nak cite... teka lah  gayanya macam Pensil Box sape  pompuan ke laki...hah....ngalahkan pensil box pompuan  plak kan en. suami . Serba serbi ado...Macam-macam warna 'hightlighter'  pon ado..entah betul ke edok mengejanya tu...hah...

 Mula-mula nampak terkezut  jugaklah mama...bila en. suami mengusungnya ke sana ke mari. mama pon xado...xdo.............
 Harap-harap semangat belajor pon kuat jugok lah yo...

Semoga berjayo...


Thursday, December 6, 2012

Pejamkan Mata Telan Segalanya

As salam semua...
Mama sebenarnya tak paham dan tak tahu apa2 tentang cinta. Adakah hidup ini kerana cinta.Adakah cinta, kasih sayang, pengorbanan dalam satu pakej. Adatak cinta tanpa pengorbanan?Pengorbanan itu ape ek sebenarnya.....fening wooo

Apakan daya hidup harus diteruskan..Walau apa pun dugaan dan rintangan harus gagah berani menyahut takdir .  Takdir yg tertulis ini mungkin tidak adil bagi diri ku namun siapa aku berkata tidak.  Menolak takdir tidak mungkin...

Tuesday, December 4, 2012

Adik mintak mama terpaksa buat

As Salam semua....
Al kisahnya petang ahad lepas kami dua beranak  membuat kek atas permintaan adik.  Katanya dah lama mama tak buat kek. Dah beberapa kali berjanji sebelum ini nak buat kek dengannya so kali ni wajib buat lah jugak...dah tak boleh nak elak dah...Dah mogok dah ni...masamnya lain macam jek...terperangkap sudah...Setelah meneliti bahan-bahan kek terus lah buat.  Okeh...kebetulan semua bahan dah ada kat umah so senang lah tak yah terkejar-kejar ke kedai la.......

Apa sangat lah si budak kecik ni nak tolong mama...tolong sepah dan kecohkan dapur ade le...last-last mama suh adik tolong tengok dan letak bentuk-bentuk love tuu...jek..tapi dia dah cukup gumbira bila di beri tugas tuknya.  Nampak muka macam penat sangat berserabut rambut2 nya...hahahaha.  Akhirnya menjadi gak le kek kami kali ni...

Hah itu le kek kami pada petang itu sonok buat kek dengan anak dara ni  sambil bergaduh-gaduh manja dengannya...



Ada kek yang di letak dengan toping coklat ada yang tak...Slalunya budak2 ketik je suka manis-manis ni. Ya lah kan sememangnya kek ni untuk kawan-kawan dia je dan guru-gurunya.  Selebihnya mama bawakkan untuk kawan-kawan opis dan kawan kelas abahnya...


Kek yang anak dara mama hias....hurm boleh lah...


Masih berbaki di dalam pengukus.  Lama gak nak menunggu ni....

Thursday, November 29, 2012

Konvo adik


As salam semua kawan-kawan. adoi.........ado ke kawan-kawan....sila jangan perasan ok?
Tak pe lah tak de kawan-kawan yang baca pon xpe sebab memang niat mama untuk mama dan anak-anak mama je pon.. Nanti andaikata mama dah tiada atau anak-anak mama dah besar nanti boleylah mereka2 ni menjengah ke blog mama melihat karenah dan aktiviti semasa kecil mereka kan....tak gitu.. 

Jauh dah melalut...Gambar-gambar kat bawah ni adalah kenangan semasa hari konvokesyen adik nana yg lepas.  Lama mama perapkan gambar ni...hihihi malas bangat plus tak de mood.  boley gitu.... Gambar yang ada banyak siap ada rakaman  semasa persembahan lagi tapi yang terajin nak up loadnye cikit aje sebabnya tenet mama slow bangat dah nak abis kuota katanya.  Ni mesti adik nana main game on line dah terlebiy sudah ni...hurm nak marah kesian...bior je lah kan sebab dia sesorang kat umah...hanyut kelaut lg...ok lah jom ....


 












Sunday, November 11, 2012

Hati ku.........



As salam semua kekawan. Hari ni sebenarnya tak dek mood sangat pon nak tulis blog namun paksa jugaklah otak dan kudratni menulis.  Sekarang mama banyak bermain dengan hati... ye lah kan sejak teruna berada di kampung ni macam2 perasaan timbul..

Hati ini amat merindukan teruna namun perasaan ini pendam sahaja . Malah untuk bercakap dalam talian pon mama tak mampu untuk sembunyikan perasaan sedih dan tangisan mama. Sejak peristiwa 3hari lepas sedang asyik bercakap dengan teruna sehingga teruna menangis teresak2 apa tah lagi mama dah mcm nak meraung dah bila teruna bertanya yg mama akn balik minggu ni sambut harijadinya.  Dengan jujur mama berkata mama tak dapat balik kerana bos mama tak bagi cuti sebab ada beberapa perkara yg perlu mama bekerja. Terus saje ia menangis teresak2.


Rupanya ibu mertua mama telah menyatakan kepadanya yg mama akan balik minggu ini.  Mana lah mama tahu akan perkara demikian kan.  Mama pulak yang bersalah. Sekarang dah 2 hari mama pendamkan perasaan rindu ini untuk bercakap dengan teruna. Mama kuatir bila mama call mengundang keadaan yg tak menyenangkan. Mama kuatkan hati mama untuk menerima keadaan ini demi anak mama mencari ilmu dunia akhirat.  Di sini mama tak jumpa kem sebegitu...Maafkan mama ya abang kerana kita terpisah sementara.

Hati ini meronta untuk balik jugak ke kampung sebelum hari jadinya esok.  Sebetulnya besok adalah hari jadi teruna dan mama.  Kami sememangnya berkongsi tarikh tersebut.  Namun hari jadi teruna telah di raikan terlebih awal dengan memberi hadiah dan kek  kesukaannya iaitu SR.. Namun mama pulak tidak mengharapkan apa-apa hadiah pon taun ni sebab mama sedar komitmen en. suami kini dan tahun depan bertambah.. Duit yang ada en. suami simpan sajelah.  Memandangkan semua keperluan mama masih ok lagipon hadiah yang tahun lepas dah banyak taun ni tak de pon takpe...

Mama rindu abang





Sunday, November 4, 2012

Separuh jiwa ku pergi

As salam kawan2....malam ni hati mama sedih, sayu, rindu dan macam2 lah rasa dah tatau rasa apa da...ya lah malam ni teruna dah pergi tinggal kan mama untuk tempoh yg agak panjang sepanjang cuti sekolah teruna akan berada di kampung ibu mertua.  Di sana telah dirancang jadual pembelajaran dengan mengaji Quran dah pembelajaran agama termasuk penghayatan solat..hurm....jiwa mama rasakan amat kosong dan sunyi sangat...

".Abg ketahuilah mama merana tanpa abang disisi namun mama perlu akur hanya ini jalan terbaik untuk abang.
Abang ......sejak keluar dari perut mama hingga saat tadi kita tak pernah berpisah ...lau ada pon hanya kerana tugas dan hanya masa yg agak singkat saje tapi ini berbulan lamanya.  Mama tak jamin hati mama bertahan tau tidak.  Abang... saat ini air mata mama bercucuran bila ingatkan  saat perpisahan tadi dengan seduan tangisan abang.
Abang....mama terpaksa lepaskan abang kerana masa depan amat berharga....harapan mama bila kembali nanti di sisi mama saat itu abang dah jadi abang yang boleh memimpin adik serta bijak untuk menjadi anak anak yang soleh..Abang.harapan mama agar abang baik-baik saja..serta hormat dengan nek nda dan tok bah.
Abang....se perkara lagi adik amat menyayangi abang..Ingat lah yang adik menangis dengan pemergian sementara ini."

                                      Adik..masih ceria sebelum mengetahui pemergian abang
                                            Gambar adik dan abang yang seperti isi dan kuku
                                                     Bahagianya mama dapat kamu berdua
                                                             Sayang kamu berdua....
                                                                  Syukur adanya kamu
                                                      Ni pon sama...mama sayang kamooo



Semua gambar di atas membuatkan mood mama sedih sangat...........RINDU

Dapat gak

As salam semua....
Kisah baju ni pernah di ceritakan dlm entri sblm ini...
Namun setelah berusaha mencari hingga ke kajang nun akhirnya jumpa lah jugak.  Untuk dapatkan warna pink bukannya senang tau jenuh menjelajah kedai2  india.Lau ada pon warna pink tp tang baju warna lain lak mcm2 warna plak tu...Cantik2 dan macam2 gaya ada tapi yg di cari tetap tada...harganya pon boley tahan mahal..

hurm penat ase di hambat masa tika tu...hihihi tapi syukur lah jumpa gak warna pink walaupun paternnya nampak agak kuno.  Memang pon sebab baju ni yg tlh dikorek di celah timbunan baju yg lama2. Jadi lah kan yg penting dapat ikut tema walaupon x puas hati sebab barang lama tapi harga memang tak boley kurang 50 lebey jugak....

Thursday, November 1, 2012

Bollywood punya pasal.........

As salam semua
Dari petang semalam hingga ke petang ni mama pening ke pala memikirkan tentang baju punjabi yang di minta oleh guru adik nana aka dara untuk persembahan hari isnin nanti.  Dah lah baru di beri tahu pas2 siap bagi tema dan syarat2 la bagai...hurm geram je ase...

dah tau kene sedia kan baju bagai bgtaulah awal awalkan....  Bukan sepasang je upenye nak 2 pasang la plak......sebabnya dara telah mengambil 2 persembahan.  Mati la  mama nk sediakan kat ne nak carik tu..warna pink @putih memang xde la dlm himpunan baju dara so semuanya kene lah beli baru...,

Sunday, October 28, 2012

Rindunya kg ku

As salam semua.....Sempena Aidiladha hari tu sempat gak mama snap beberapa gambar sambil lepak2 menunggu saudara-mara siap memapah kambing aka biri-biri.
                                                    Suasana yang menggamit kerinduan ini...
                                                          Huhuhu......mama tengok je
Abang long sedang memapah biri-biri sambil di perhatikan oleh abah aka en. suami
                                                   Depan umah mak ayah mama..rindu sangat!!!
                             Sempat gak mama snap gambar buat kenangan mama di aidiladha ni.......

Aktiviti En. Suami Bila di Kg

As salam semua.......Mama tak tau nak tulis pe so layan je lah gambar en. suami dengan kucing-kucing mak nya.........SSemua 23 Ekor tetapi yang di dalam gambar tu hanya 18 ekor je..
Lagi 5 ekor masih bermain di sudut mana entah..