Friday, May 11, 2012

Warkah untuk anak nda. ..farhan haziq

Buat anak nda tercinta, sambil mama bermalas-malasan di atas katil ini, terbaring menaip entri kali ini mama terfikir akan masa depan abang...

Mama teramat bimbangkan abang sekiranya abang terbawa-bawa sifat sebegitu dengan insan-insan lain nanti.  Setiap hari mama ingatkan abang supaya kita manusia perlu ada ehsan dengan manusia barulah apa yang kita ada akan diberkati dan di rahmati.  Sesungguhnya bila kita mempunyai sifat ehsan maka tidak luak sebaliknya berganda-ganda Allah akan membalaskan.

Abang...mama tahu sangat anak mama ini memang seorang yang  lembut hatinya namun mungkin disebabkan masih kecil dan belum baligh lagi abang sememangnya tidak dapat memahaminya lagi namun mama harap dan setiap kali berdoa agar besar nanti abang akan menjadi anak yang soleh.

Abang masa depan amat mencabar oleh itu segala nasihat dan pesanan mama dan abah harap abang akan mengingati selalu.Abang sekarang ini abang berada disebelah mama sambil memeluk mama  diharap keakrapan kita berkekalan hingga selamanya.Begitu juga abang akan sentiasa akan mempraktikkan didikan mama untuk dunia dan akhirat.

Abang mungkin sekarang mama boleh meleteri abang tapi nanti besar nanti abang hanya boleh membaca entri mama ini sahaja.Abang dikesempatan ini mama nak ucapan terima kasih sangat kerana menjadi anak mama yang baik walaupun ada sesetengah perangai abang yg mama perlu selalu ingati.itu bukan salah abang pon mungkin itu sifat keturunan. Demi kasih sayang mama kepada abang, mama akan selalu akan mengingati abang hingga akhir hayat mama..i love u

Wednesday, May 9, 2012

Kisah Balik Kampung

* Entri ni agak panjang dan boleh menyebabkan rasa  bosan .......apa-apa pon jom layanye.....

Entri ni dah lama tersimpan baru sekarang dapat post kan..Ni mama nak cite kisah balik kampung hari tu..la Bila dah balik kampung semua orang buat hal masing-masing lah.  Antara perkara yang mama teramat tak sabar adalah mau jumpa anak saudara yang baru lahir tak pernah jumpa lagi...ni ah gambarnya dah besar dah baru dapat jumpa...

Hah.........ni lah tuan punya badan yang mama tak sabar nak jumpa.  Baru 2 bulan lebih .  Namanya Mohd. Afiy Arfan.. Budak comel dan baik sangat.  Tak menyusahkan mak ayah, tok ayah dan tok meknya....Asal malam je tidur sampai pagi hanya bangun untuk menyusu badan sekejap je...Bagus...Bagus.
Hah....ni kesukaan dara bermain dengan berpuluh-puluh ekor kucing nekda nya...(sekarang nekdanya mempunyai hampir 20 ekor kot) ni salah seekor kuching je yang lain-lain tak sempat nak up load sebabnya line internet kt umah macam siput sedut...kihkihkih.tak suke...tak suke....

Ni pulak aktiviti dara waktu petang dengan memberi susu-susu kepada anak-anak kambing.  Ada lebih kurang sepuluh ekor jugak anak kambing yang perlu di beri susu.. Best sangat nampak raub wajah dara ketika berada di kampung.

Ni pon sama lah.......

Sebenarnya Teruna pon agak berminat memberi susu-susu kepada  anak-anak kambing itu....Berpanas pon tak kesah.

Ni pulak mee yang menjadi kegilaan en. suami.  Bila balik ke kampung wajib  pekene kan  Mee Sop Jusoh ni...Kekadang dalam sehari 2 kali pekene mee ni...tapi secara peribadinya mee ini amat sedap dan murah...Daging dan sayurnya amat segar di tambah mee nya ditempah khas tak terasa kapurnya.huhuhu best sangat..
Ni pulak aktiviti keluarga mama iaitu menyambut hari jadi untuk dua orang adik mama masing-masing bulan  May. seorang 5/5 dan sorang lg 15/5.....Birthday boy 2 orang.
Ni acara potong kek.......Kek ni di sponser oleh salah seorang adik beradik.
Doa telah di bacakan oleh ayahnda tercinta....
Ni pon sama ayahnda tengah bacakan Doa supaya selamat di dunia dan akhirat
Kami sekeluarga sama-sama berdoa kan untuk kesejahteraan .....
Ni pon kek yang di sponser oleh salah seorang dari kami.......tak sempat nak bukak dan snap gambar kek tu.  alah kek black forest ke apa tah..sori lah ye kalau salah tak tau sangat sal secret resepi ni..

Ni 'birthday boy' yang bersusah payah membakar semua ayam-ayam dan ikan malam tu...bagus betul.
Ini ikan yang di bakar pada malam tu...hah ni nak cite sal ikan susah bebenor nak carik ikan pada hari tu seluruh kedai di kawasan  jerteh singgah untuk belikan ikan namun rezeki kami ada yang ni je....Untuk ke Tok Bali plak agak memakan masa lah sebabnya pada masa itu pon dah pukul 12.00 tengah hari dah pon...manalah ikan nak ada semua dah di blasah dek orang la........kihkihkih
Hah ni dah buat muka ' Bad mood'  bila tiba  nak balik KL.  Nyampah mama...kuikuikui
Ni dalam perjalanan nak balik ke KL.  Ni lah tempat yang kami  mesti singgah sebabnya tempatnya amat selesa.  Tempat untuk makan pon selesa, cantik, bersih dan mempunyai semua kemudah seperti sinki, surau dan bangku. Semuanya setempat saje...senang...suke....suke...
Ni pon sama teruna nak makan dah nasi baru setengah perjalanan dah mintak  nak makan nasi.  manakan tidak bila  di kampung lupa semua makan minum, susu.........

Wednesday, May 2, 2012

Jom...Jom...Jom...Balik Kampung

Salam....
Jom..Jom..Jom...Balik kampung...
Hah tu lah hari ni mama nak cite..cercite...cercite....
Dah bekobar-kobar perasaan gembira yang teramat ni nak balik kampung.
Di jangkakan petang ni kami balik kampung...huhuhuhu.....
Bestnye kan dah lama dah tak balik menjenguk mak ayah, adik beradik saudara mara, mak mertua semua lah yg berada di kampung..
Di harap mesyuarat En. suami kita  dengan TKSU Dato' tak lama lah ye sebabnya semua anak2nya dah tak sabar dah ni lebih-lebih lagi Isteri tercinta ni.....
Semua aktiviti telah di canang dah kt kampung tunggu sampai je ni...hahahaha.
Harap orang2 kt kampung tunggu kepulangan kami ye serta doakan keselamatan kami semua...
Wassalam.....

Manfaat Solat Di awal waktu


Salam semua...
sudah seminggu mama tercari cari tajuk ni tetapi dalam seminggu dua ni bzzz ckit so hari ni barulah ada masa terluang untuk post kan tajuk ni.    Tajuknya ialah lebih kurang sama dengan ceramah agama yang mama hadiri kat kementerian minggu lepas iaitu Solat di Awal waktu.  Tetapi semasa kursus tu memang tak sempat nak salin nota2nya.  So mama jumpa tajuk ni dalam MIORBIZ.COM. Moga dapat sama2 memberikan manfaat kepada kita semua. Layannnnnn..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.   Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

solat subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

solat zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

solat asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

solat maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

solat isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

kesimpulan
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Sunday, April 29, 2012

Tip Jimat Tenaga Telefon Pintar

Telefon pintar secara tiba-tiba menjadi kegilaan pada masa kini.  Di mana-mana sahaja pasti dapat melihat individu yang menggunakan gajet canggih itu.

Namun masalah yang sering kedengaran berkaitan gajet dengan pelbagai aplikasi itu adalah ia kerap kehabisan kuasa bateri sehingga ada yang perlu membawa pengecas ke mana-mana sahaja.

Berikut adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah bekalan tenaga daripada bateri cepat habis:)


  1. Paparan ~ Hidupkan tetapan automatik kecerahan paparan atau rendahkan tahap keterangan.
  2. Sambungan ~ Matikan sambungan WIFI apabila tidak digunakan kerana ia akan terus mencari sumber sambungan WIFI jika dibiarkan. Cuba guna Bluetooth berbanding WIFI.
  3. Perkhidmatan Lokasi ~ Matikan aplikasi perkhidmatan mencari lokasi kerana ia akan sentiasa mengenal pasti lokasi terbaharu secara automatik.  Ia akan menggunakan bekalan tenaga dalam kuantiti yang banyak.
  4. Data ~ Kurangkan menonton video di youtube kerana sambungan 3G boleh mengurangkan tenaga dengan cepat.  Jika bateri sudah lemah matikan sambungan 3G supaya telefon masih dapat berfungsi untuk membuat panggilan atau SMS.
  5. Perkhidmatan push ~ Matikan perkhidmatan push dan sync latar belakang selain fungsi fetch juga perlu ditukar seting sabagai manual.
  6. Perisian ~ Bagi penggunaan Android.  Muat turun perisian Juice Defender ia berfungsi dengan cara automatik meletakkan set telefon pengguna selain mematikan data pada waktu malam.

Weekend ini

Assalam semua....
Cerita minggu ini cmbiasa2 jugak kene lipat kain, basuh kain,gosok pakaian...hahaha tapi minggu ini nk citenye banyak ckit kene gosok pakaian keje dan sekolah.semuanya untuk 2 minggu.seperti entri sebelum ini ada cite kisah jalan2 kan so planing itu menjadi gak le.  Kata en. suami dia pilih balik kg  sebabnya dh lama dh tak balik rindu sangat dgn suasana kg. Sal teruna sekolah terpaksalh ponteng kelas sehari.hihihi boleh x gini.awal2 lg teruna dh bagitau cikgu kelasnya nk ponteng kihkihkih.klakar asenya.

Sal mkn tengahari lak hari ni mama telah masakan nasi tomato, dalca ayam dan ayam sambal.semua ini hasil rujukan dr My Resepi...tq ye.best sangat..so kita layan gambar ye.  Hidangan yg nak dimakan terus ini tidak dihias bagai....hihihi ala kadar je sebabnya dah nak dimakan.nyumnyum....


ni nasi tomato yg mama buat mengikut My resepi.com.rasanya boley la kan first time buat.anak2 pon suka.


Sambal ayam yg dah selalu buat.....
Dalca yg baru belajar buat tapi menjadi...Air minuman plak adalah jus oren buat hilang sembelit teruna .penyakit yg tak pernah hilang sejak baby lagi....


Thursday, April 26, 2012

Pengganti gula dalam minuman

Baru- baru ini mama ada berborak dengan geng-geng opis mama yang keluarga mama banyak memakan gula dalam sebulan kira-kira 4 @ 5 kg.  Aduh penat mama duk mencari apa yang baik untuk mama lakukan bagi mengurangkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman. godek punya godek mama jumpa lah satu artikel ini.


GULA merupakan bahan pemanis utama dalam menghasilkan sesuatu masakan. Rasa kemanisan itu menjadi tarikan kepada masyarakat untuk menikmati masakan seperti kek, kuih muih dan pelbagai minuman.

Sebab itu pengambilan gula merupakan perkara biasa dalam kehidupan harian kita. Ada orang seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula walaupun diri diancam pelbagai penyakit.
Antara masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan adalah obesiti, lelah, kencing manis serta penyakit jantung.

Secara ringkas, gula adalah karbohidrat yang mudah diserap tubuh dan bertujuan untuk membekalkan sumber tenaga kepada tubuh badan kita.

Tetapi tahukah kita terdapat pelbagai sumber lain gula yang boleh kita dapati secara lebih sihat. Antaranya daripada nasi, mi dan ubi-ubian.
Selain itu, kita juga boleh mendapatkan bahan penting ini daripada sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai pokok stevia.
Stevia atau nama saintifiknya, stevia rebaudiana merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai lebih 10 peratus stevioside pada daunnya dan bahan ini mengandungi 200 hingga 300 kali kemanisan berbanding gula biasa.




Kebaikan stevia

Pokok ini mempunyai pelbagai gelaran antaranya sweetleaf dan sugarleaf serta bagi sesetengah pihak, ia juga digelar daun ajaib yang mengeluarkan manisan.
Kemanisan daripada pokok ini sedikit lambat untuk dirasa tetapi ia akan kekal lebih lama berbanding gula biasa. Ini kerana kelarutan stevia di dalam air sedikit perlahan.
Walaupun begitu, stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat bagi pengamal diet dan juga pengguna gula alternatif.

Kajian perubatan yang telah dijalankan menunjukkan keupayaan stevia untuk mengawal penyakit darah tinggi, kencing manis serta hipertensi.

Ini kerana stevia adalah bahan pemanis bersifat semulajadi yang memberikan rasa manis tanpa bahan kimia tambahan seperti glukos atau mana-mana komponen gula lain.
Antara kegunaan stevia dalam produk masakan adalah pemanis untuk pelbagai jenis minuman, ais krim serta gula-gula.

* Boleh lah cubakan!